Faye Kusairi beryukur apabila jualan nasi ayam yang diusahakannya menerima sambutan hangat selepas tular di media sosial. Faye atau Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 36, berkata gerai yang beroperasi di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur menjadi bualan hangat netizen setelah ditularkan oleh rakan artis iaitu pelakon Azza Elite baru-baru ini.
“Minggu ini adalah minggu ketiga saya berniaga dan sambutan sangat menggalakkan. Ini kali pertama meniagakan jadi rasa sangat seronok dan tak sangka selepas tular jualan habis cepat dan tempahan makin bertambah. “Saya nak berterima kasih kepada kakak Azza sebab dia la yang tularkan peniagaan nasi ayam saya ni sampai jadi laku macam ini, pertama kali jumpa di Bukit Antarabangsa dan sini juga la titik permulaan perniagaan saya dan dia yang bantu terima kasih,” kata Faye kepada mStar.
|
ADVERTISEMENT