Fimie Don, 25, mengakui gambar mesra dia bersama seorang gadis ketika mereka menghadiri satu konsert baru-baru ini adalah pelakon, Khayrisyah Kemal. Fimie ditegur kerana apa yang dilakukannya itu dilihat tidak seiring dengan dirinya yang kerap memuat naik perkongsian dan peringatan mengenai agama di media sosial.
"Betul itu adalah Khairisyah Kemal. Saya tak salahkan orang-orang yang salahkan saya dan anggap saya tidak bagus," katanya. Fimie atau nama sebenarnya, Shafimie Saedon mengakui dia bukanlah orang yang baik dan dirinya juga belum cukup sempurna. "Saya faham, orang melihat saya dan orang meminati saya. Saya juga tak kata apa yang saya buat tu betul, jangan ikut apa yang saya buat tu. Yang merisaukan itu adalah orang yang membuka aib manusia lain. Itu bahaya tu," katanya.
|
ADVERTISEMENT