CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Panas Setiap Kali Bersama, Ucop Dan Isteri Terkena Sihir Pemisah- Orang Terdekat Tak Senang Tengok Bahagia

14-12-2023 06:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 29952| Komen: 27

Usop mendedahkan pernah terkena sihir pemisah sampai hubungannya bersama isteri iaitu Nur Fatihah Md Hashim jadi 'panas'.

Kata Usop atau Muhammad Saiful Naim Mohd Noor, 25, perbuatan syirik itu dipercayai dilakukan oleh orang terdekat yang kurang senang melihat kebahagiaan mereka berdua.


Foto: IG

"Saya dapat melihat sendiri perubahan pada isteri. Jika kami bersama, asyik 'panas' dan dia selalu nak marah. Bergaduh biasa berlaku dalam rumah tangga, tetapi dalam kes kami ini ia berpanjangan.

"Saya mendapatkan nasihat ustaz dan dikatakan kami terkena sihir pemisah. Ada orang terdekat yang kurang senang melihat kejayaan dan kebahagiaan kami berdua," katanya kepada mStar pada Khamis.



Tambah Usop, kejadian yang berlaku sekitar tahun 2022 itu turut memberi kesan kepada perniagaan kedai makanan miliknya yang terletak di Sungai Dua, Pulau Pinang.

Malah disebabkan perbuatan itu juga dia terpaksa menanggung kerugian besar sebelum mengambil keputusan untuk menamatkan operasi premis berkenaan.



"Lepas isteri saya bersalin anak pertama pada November tahun lalu, kejadian ini bertambah teruk. Ada pelanggan yang kata kedai kami tutup sedangkan ia beroperasi seperti biasa.

"Nilai jualan yang awalnya boleh mencapai RM10,000 hingga RM20,000 sehari terus jatuh. Ada ketika hanya dapat RM200 sahaja. Saya terpaksa guna duit sendiri untuk bayar gaji pekerja.



"Atas nasihat seorang guru, kedai tersebut terpaksa ditutup awal 2023 selepas lebih kurang enam bulan beroperasi. Saya reda dan percaya ada rezeki kami di tempat lain," ujarnya.

Disebalik dugaan yang dilalui, Usop dan isteri bagaimanapun kuat mempertahankan hubungan mereka dan sentiasa mencari jalan terbaik menyelesaikan setiap masalah antara mereka.



Penyanyi ini turut berkongsi berita gembira isteri kini sedang hamil anak kedua dan usia kandungan sudah memasuki tiga bulan.

"Allah dah janji sentiasa ada rezeki untuk umatnya. Syukur isteri kini sedang hamil.

"Sepanjang awal kehamilan ini ada juga dia alami alahan teruk. Saya terpaksa bangun pagi buatkan ais krim goreng kerana dia mengidam," jelasnya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 14-12-2023 06:14 PM
Sihir gak yg salah, sempat pulak hamil dlm panas² pun...
Quote doubleA 14-12-2023 06:45 PM
Comel anaknya mujur ikut muka bini
Quote makadek 14-12-2023 07:47 PM
Iyew kew.. O munger2 nk serai
Quote asma87 14-12-2023 07:49 PM
Ade lettu xpuas hati ko dpt bini lawa cop
Quote ReginaGeorge 14-12-2023 07:55 PM
Sikit2 sihir.. influencers terpaling bahagia tu pon disihir juga konon. Rupanya pasang dua.
Quote sukacactus 14-12-2023 08:49 PM
Iye ke…masa pregnant yg 1st dl ada terjumpa diorang kat rnr sg buloh
Sorang jln depan, sorang lg 2m di belakang
Masa tgk tu dlm hati ckp oh bkn jenis loving2 la kot
Quote shernazz 14-12-2023 09:03 PM
manehnya replied at 14-12-2023 06:14 PM
Sihir gak yg salah, sempat pulak hamil dlm panas² pun...

Orang Kata gaduh2 pung tehtap tak.ti gagal yang tu
Quote ina_na 14-12-2023 09:16 PM
Dia bisnes pe wei sampai untung 10-20k sehari.. anak dia comeii ...kira nye berjaya dlm memperbaiki genetik..
Quote TerataiMelur02 14-12-2023 09:20 PM
sukacactus replied at 14-12-2023 08:49 PM
Iye ke…masa pregnant yg 1st dl ada terjumpa diorang kat rnr sg buloh
Sorang jln depan, sorang lg 2m ...

Tengah gaduh kot..laki nak cepat bini lak sikit2 nak singgah sana sini

Konsepnya lambat..tinggal


Pandai2 je
Quote Joysparta 14-12-2023 10:11 PM
ReginaGeorge replied at 14-12-2023 07:55 PM
Sikit2 sihir.. influencers terpaling bahagia tu pon disihir juga konon. Rupanya pasang dua.

Itu ain katanya..spesis abg jamil.liat nak mampos....tup2 kawen dua kat siam..

Patutla pong..hat bini suka tyg bahagia kat medsos..

Haaa...hambik ko....mendapat madu...
Quote likilu 14-12-2023 10:24 PM
Edited by likilu at 14-12-2023 10:25 PM

Out of proportion sangat
Duk cerita cabaran dugaan bagai

Last last pasal tak puas hati kena bangun buat eskem goreng je tuk bini

BTW pasal kedai selalu org nampak tutup tu kan, cuba check balik, I tgk kat fb org lalu selalu tutup tu sebab lalu pukul 7.15 pagi, ko bukak kedai sarapan 8.30 pagi pastu kata kenapa takde orang datang kena sihir ke kena tanah kubur ke. Tah la.

Kedai chinese jual enpon tu kosong jugak selalu walaupun bukak takde pun sampai kena tutup kedai. Elok je
Quote sukacactus 14-12-2023 10:35 PM
TerataiMelur02 replied at 14-12-2023 09:20 PM
Tengah gaduh kot..laki nak cepat bini lak sikit2 nak singgah sana sini

Konsepnya lambat..tin ...

Hahaha
Dah tak tau citer sebenar, kita pandai2 la speku kan
Quote blackpaper 14-12-2023 10:41 PM
sikit2 sihir sikit2 santau...
Quote sangbara2020 15-12-2023 07:46 AM
saje nak suh kita dtg kedai dia lettew nk suh tgk kita npk kedainya buka ke tutup
Quote rbmy 15-12-2023 07:46 AM
dalam panas tu ada sejuk juga cop..
ada baby ke 2 semoga sakinah mawaddah warahmah
Quote sleepandream 15-12-2023 09:04 AM
bini heols bukan ala2 minah salleh ke dulu... now mcm kepam jah
Quote blue_blur 15-12-2023 09:37 AM
asma87 replied at 14-12-2023 07:49 PM
Ade lettu xpuas hati ko dpt bini lawa cop

huh? ................................................................................................................
Quote LaskarHijayu 15-12-2023 11:07 AM
Sembang btol bisnes kedai makan yg untung 10k-20k sehari tu. Pastu kena duga sikit terus tutup.
Quote cikpah27 15-12-2023 11:42 AM
Aik? Kedai makan ka? Aku duduk area tu jugak tapi tak pernah dengaq pun ada kedai Ucop? Iklan pun tak pernah perasan..

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.084810 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top