CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Nak Timbul Kontroversi, Punca Penerbit Mat Kilau Gugurkan Nama Pengarah Areel Abu Bakar

13-12-2023 12:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3415| Komen: 9

Nama pengarah Areel Abu Bakar digugurkan daripada produksi filem terbaharu berjudul Pendekar Awang Darah Indera Gajah disebabkan tidak mahu timbul sebarang kontroversi.

Perkara tersebut didedahkan oleh penerbit Studio Kembara Sdn Bhd iaitu Abdul Rahman Mat Dali yang memaklumkan pihak produksi turut mengambil kira beberapa faktor lain sebelum keputusan tersebut dibuat.



Areel (kiri), Rahman (kanan) Foto: mStar

"Keputusan tersebut dibuat demi kepentingan Studio Kembara, mutu industri filem dan kepuasan penonton. Pastinya kami mahukan hasil yang terbaik untuk filem ini.

"Kami tidak mahu terlibat dengan kontroversi dan enggan babitkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan perbahasan," katanya kepada mStar.

Rahman ditemui ketika majlis pelancanran trailer dan lagu tema filem berkenaan yang berlangsung di Cyberjaya pada Selasa.

Sebelum ini, Areel meluahkan rasa terkejut apabila namanya secara tiba-tiba digugurkan sebagai pengarah filem itu tanpa sebarang perbincangan.


Malah dia sendiri tidak pasti punca sebenar keputusan tersebut dibuat dan pihaknya juga belum menerima bayaran penuh hasil kerja yang telah dilakukan.

Menjawab tentang perkara itu, Rahman memaklumkan pihak sudah memanggil Areel namun pengarah itu enggan berjumpa.

"Saya tidak ingat tarikh yang sebenar, tetapi rasanya sekitar empat bulan lalu kami ada memanggil namun dia enggan berjumpa," ujarnya.

Dalam pada itu, Rahman juga memberitahu tidak semua hasil pengarahan Areel digunakan sebagai dalam filem yang bakal memulakan tayangan pada 11 Januari tahun depan itu.

Malah pihaknya juga memilih untuk merahsiakan nama pengarah yang terlibat menggantikan Areel.

"Terpulang kepada produksi untuk menggunakan hasil kerjanya, tidak semua yang dihasilkan kami guna.

"Kami juga akan berbincang samada mahu meletakkan namanya dalam senarai kredit atau tidak. Siapa pengarah yang menggantikan Areel biarlah misteri dan akan kami umumkan pada tayangan perdana nanti," jelasnya.

Untuk rekod, Pendekar Awang Darah Indera Gajah merupakan filem kedua terbitan Studio Kembara selepas Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote heythere123 13-12-2023 12:45 PM
corporate jarang la baik so bagi iols tindakan company ni keji #donetpitenah
Quote Suchi 13-12-2023 12:51 PM
Edited by Suchi at 13-12-2023 01:12 PM

Apasal mcm berangan je movie yg ke 2 nih
Tiba ada srikandi dh la yg jd srikandi tu eemmmmmmm
Buat pilem fiksyen tp tunggang nama tokoh sejarah.
Quote prince_marhaen 13-12-2023 03:10 PM
Production ni memang problem & delulu ke eh?

Dengan pelakon & crew Mat Kilau pun ada problem... filem baru pun berangan jugak, ada problem jugak, nak jaga kualiti, tapi mat kilau pun standard drama je pun gambar dia...buruk nak mampos masuk netflix tengok kat tv HD...

Pastu... ada pulakkkkkkkkkkkk pompuan feeling dua ekor niii.... ahahahahahaha


Quote primarikey 13-12-2023 07:31 PM
prince_marhaen replied at 13-12-2023 03:10 PM
Production ni memang problem & delulu ke eh?

Dengan pelakon & crew Mat Kilau pun ada problem... fil ...

klu ada minah mata belolok ni memg aku xkn tgk la filem ni
Quote Raman 13-12-2023 10:26 PM
Studio Kembara ni berkait dengan Aman Palestin kan?
Quote tahanie 13-12-2023 10:36 PM
prince_marhaen: Production ni memang problem  ...


Kahkahkah buat apa 2 ekor tu kat situ?
Quote ujio 13-12-2023 10:54 PM
Kenapa production ni manjang gugur² org...?
Quote nadie90 13-12-2023 11:01 PM
Edited by nadie90 at 13-12-2023 03:02 PM
Raman replied at 13-12-2023 02:26 PM
Studio Kembara ni berkait dengan Aman Palestin kan?


Ya...nampak 1 reporter repost psl ni...sy pun baru tau...sapa2 boleh komen psl ni?
Quote kuceeng 13-12-2023 11:31 PM
sejujurnye trailer nmpk much better dari mat kilau hauk tu, nmpk lagi hidup dan mood perang tu ade (tolak tepi scene cut2 yg memeningkan kepale)
cume jadik geli bila ade srikandi terpaling palestin dgn adiknye itu, lps tu kostum utk perempuan dh kenapa mcm arab2 parsi? tau nak tutup aurat tp nmpk pelik nak mati, boleh je buat kostum ala2 kemelayuan yg sopan, ini x mcm haree

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.058648 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top