Shakilla Khoriri berkongsi sebuah video celoteh anaknya, Ameena Sofia yang bertanya bila ibunya itu akan berkahwin lagi dan mempunyai anak baru. “Semua orang dah kahwin tahun ni, semua dah dapat baby.. Umi je belum. Nak dapat baby twins..,” ujar Ameena.
Perkara yang mencuit hati ramai adalah apabila Ameena mengusik ibunya untuk mencari bakal suami kacukan Mat Saleh. Bekas isteri kepada penyampai radio, Fizi Ali ini meminta anaknya itu untuk mendoakan kebahagiaan mereka.
“Ameena sabar ok. Ameena doa ok untuk Umi,” ujarnya. “Dah doa haritu, kat sekolah. Hari-hari doa,” jawab anak comelnya itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak mendengar perbualan manis mereka, terutamanya gelagat Ameena yang mahu ibunya menemui kebahagiaan. Sebelum ini, Shakilla menafikan dirinya menjalinkan hubungan skandal bersama suami orang selepas timbul dakwaan yang menyatakan dirinya menjadi perosak rumah tangga orang lain.
Terdahulu, Shakilla meluahkan rasa kurang senang apabila mulut anaknya ditekup oleh kakak tirinya ketika bergambar pada hari pernikahan kedua Fizi Ali. Sekadar info, Fizi dan Shakilla pernah berkahwin pada 18 Februari 2018 namun bercerai pada Disember 2021.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofia. -CARI Sumber: XTRA
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|