CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aiman Tino Kuat Cemburu- Takut Kalau Isteri Keluar Pergi Kerja, Lebih Suka Tengok Rileks Di Rumah

13-12-2023 11:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5691| Komen: 23

Isteri selalu dikecam sebab terlalu seksi, Aiman Tino kata, “Kalau kita tengok orang yang pakai tudung atau berpurdah pun sebelum ni ada zaman jahiliyah juga."

Katanya dia tidak ada masalah sekiranya orang ramai mahu menegur isterinya secara berdepan atau menerusi ruangan komen.


Foto: IG

Bagaimanapun, teguran yang dibuat itu haruslah dengan bahasa yang sepatutnya dan tidak menggores perasaan individu yang ditegur.

“Ada juga yang komen dan tegur, saya terima dengan hati terbuka  even kalau buat live pun orang komen cakap pasal isteri saya pun saya okay je tapi jangan sampai menggores perasaan orang lah macam tu… Dalam agama pun ada caranya kalau nak tegur dan sebagai suami pun sudah lakukan tanggungjawab .


“Saya dah nasihat dan tegur dan dia faham tapi siapa kita nak paksa dia. Kita pula takde kuasa untuk benda tu. Macam saya, saya taknak memaksa biarlah sampai masa dia sendiri akan fikir. Yang penting sebagai suami kita sentiasa nasihatkan.

“Kalau kita tengok orang yang pakai tudung atau berpurdah pun sebelum ni ada zaman jahiliyah, free hair semua dan saya harap kalau anda nak tegur boleh dengan cara yang sepatutnya. Jangan kasar sebab kita ni ada agama. Saya tak kisah kalau nak tegur secara berdepan atau dekat komen, boleh. Tapi kena jaga batas,”katanya.



Dalam pada itu, pelantun lagu Ku Rela Dibenci ini menjelaskan, sejak mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Syarah Haifa, 24, perasaan cemburu terhadap isterinya masih menebal sekaligus masih mempertimbangkan sam ada mahu membenarkan isterinya itu bekerja atau sebaliknya.

“Kalau nak kata jeles tu memanga adalah juga. Walaupun dia tak bekerja sekarang ni memang ada juga. Jadi saya rasa serba sedikit sebab ini lah punca saya tak bagi dia bekerja. Ini pun untuk mengelakkan dari fitnah dan perasaan jeles sebab baru kahwin kan? Perasaan cemburu yang kuat masih ada.


“Sebagai suami kita nak isteri kita biar rilek tak ada buat kerja… selagi kita mampu. Tapi macam tu lah tengah fikir lagi nak bagi ke tak dia berlakon.

“Tawaran yang diterima isteri tak adalah banyak… tapi adalah beberapa penerbit bertanya dan ada juga yang mahu dia buat hosting. Dia memang ada bakat sebab dia pun ada degree yang bersesuai dengan line ni so, saya yakin dia boleh cuma masa tu belum lagi,” jelasnya.



Sekadar info, Aiman dan Syarah Haifa mendirikan rumah tangga pada 24 April lalu dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Dewan Astana, Bamboo Hills, Taman Bamboo, Kuala Lumpur. -CARI


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 13-12-2023 02:53 PM
“Saya dah nasihat dan tegur dan dia faham tapi siapa kita nak paksa dia. Kita pula takde kuasa untuk benda tu. Macam saya, saya taknak memaksa biarlah sampai masa dia sendiri akan fikir. Yang penting sebagai suami kita sentiasa nasihatkan.


dah cari bini pun yg cekci, mmg la susah nk ubah secara tiba2 je. jap lg ada org komen dah jodoh siapa kita nk menidakkan. gituhhh.
Quote aemon 13-12-2023 03:07 PM
habislah.bakalan nasib seperti dik qiqi la ni.bini guna ko batu loncatan utk glamer.
Quote menjad 13-12-2023 04:31 PM
Choiiiii.... Tak bagi bini kerja carik duit banyak lahhhhhh. Jgn main sembur jer
Quote Hessa 13-12-2023 04:50 PM
Edited by Hessa at 13-12-2023 04:55 PM

budak aiman ni tgk rupa dia mcm watak animasi street fighter,1994 Vega lakonan jay tavare pulak.
Quote I.K.A888990 13-12-2023 06:30 PM
okayyyyyy lah bang
Quote amyfaha 13-12-2023 11:46 PM
Kau pun pakai mybiii je tino. Tak lama lg berserai la tu dua ekor ni alasan x puas enjoy padahal hidup x berkemampuan
Quote wikedsaikel 13-12-2023 11:47 PM
Kannn. Cakap je la aku suka bini camni. Baru stalk sikit ig minik dia. Ada vid siap goyang montot - hubby yg take. So memang aiman tak kesah
Tapi cara dia respon tu ok la. Tak melenting.
Quote wikedsaikel 13-12-2023 11:50 PM
Aiman ni selain bisnes makan family dia apa je income dia sampai tak bagi bini keje.
Quote acepark 14-12-2023 09:41 AM
janji ko bahagia la bang
Quote doodlediddle 14-12-2023 04:57 PM
Xpelah… dgn Gaya gitu xde orang eh nk amik binik kau. Kalau kau ye, retis lah katekan
Quote gideoncross 15-12-2023 04:27 PM
wikedsaikel replied at 13-12-2023 11:47 PM
Kannn. Cakap je la aku suka bini camni. Baru stalk sikit ig minik dia. Ada vid siap goyang montot -  ...

Aiol prnh cuba goyang montot tpi sakit pinggang plak
Quote abadi84 15-12-2023 05:10 PM
Klu bini pakai gini mmg elok simpan jer. Jgn gi keje.tp ayat siapa kita nak paksa dia tu sgtlah dayus.
Quote tuntasha 15-12-2023 07:53 PM
Mungkin sebab ni jugak lah bini sendu qiqi nak seksi gak tapi bini qiqipropa style cina jinjang
Quote timah03 15-12-2023 08:30 PM
Urmmm... Untuk keseksian tapi tak rempit... Eyka farhana masih menang...
Quote Alice12s 21-8-2024 09:55 AM
Everyone has their own word hurdle opinion but I don't really agree with this.
Quote vanillaninja 21-8-2024 10:09 AM
Kalau tak naik thread lama ni dek spam, I pun tak kenal sape wife dak Aiman ni. Tak nampak sexy sebab macam sedikit keleperan. Muka pun so so je. Semoga sendu kembali thread ni
Quote slyfynx 21-8-2024 10:20 AM
Tp ko ade video
Quote HappyGumbira 21-8-2024 10:28 AM
Yg netizen pun la hai..kalau dia nak cari bini tak seksi taknya nikah la dgn bini skrg. Dah taste dia suka yg seksi. Ngok betul. Netizen ni ingat semua lelaki suka ppuan bkelubung
Quote ashilalat 21-8-2024 10:41 AM
Video dek aiman ada lagi tak kat internet? Tibah!

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.060038 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top