Pelakon kontroversi Hafidz Roshdi dilaporkan bakal menamatkan zaman dudanya bersama wanita pilihan yang dikenali sebagai Athira Yuhada, pada 16 Disember ini. Berdasarkan undangan jemputan yang tular, aktor berusia 29 tahun itu dikatakan bakal melangsungkan perkahwinan di sebuah dewan yang terletak di Selangor.
Menerusi undangan tersebut, turut tertera nama lengkap Hafidz dan Athira berserta tarikh, masa dan lokasi perkahwinan mereka.
Difahamkan, pasangan itu bakal melangsungkan majlis perkahwinan pada sebelah malam.
Terdahulu, Athira didakwa menjadi punca keretakkan rumah tangga Hafidz dan bekas isteri, Nurul Shuhada.
Sebelum ini, Hafidz ketika ditemui para pengamal media bagaiamanapun enggan mengulas mengenai dakwaan tersebut dan memilih untuk mengunci mulut.
Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 namun sah bercerai pada 27 Julai lalu.
Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia 3 tahun. Sumber: Oh Bulan
|
Chah21 replied at 12-12-2023 09:35 PM
Omg ada kenduri ke ni.. mati la kena boikot.. kahwin ada duit, duit anak x cukup..adeh..klu nikah pe ...
oklatu85 replied at 12-12-2023 09:37 PM
Itulah tue... Nak jumpa Ada berkira-kira.. tetiba kahwin plak..Dkt Dewan plak tue.
primarikey replied at 12-12-2023 09:56 PM
knape ramai ckp nk kawen ada plak duit
Aku rasa majlis ni mak pak apis yg sponser
ADVERTISEMENT