CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amy Mastura Anggap Pujian Awet Muda Sebagai Peringatan

12-12-2023 06:43 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 26673| Komen: 25

Sering menerima pujian kekal muda dan tidak dimamah usia, penyanyi Amy Mastura mengambil pendekatan untuk tidak berlapang dada sebaliknya menjadikan itu sebagai peringatan.

Amy atau pemilik nama penuh Amy Mastura Suhaimi enggan tenggelam di sebalik pujian yang dilemparkan kepadanya.



"Alhamdulillah dengan pujian kelihatan seperti adik-beradik dengan anak-anak, namun sebagai manusia kita tidak dapat lari daripada kenyataan. Jangan perasan sangat, saya selalu ingatkan diri saya.

"Ini kerana, mak tetap mak, tak jauh lari dia. Walaupun sering menerima pujian, namun sebenarnya menjadi peringatan. Sila beringat!

"Tak ke mana pun sebenarnya, menuju ke arah yang sama saja. Namun, buat sementara ini, Alhamdulillah.. Itu saja yang dapat saya ucapkan," katanya.

Terdahulu Amy, 52, mencetuskan rasa kagum dikalangan peminat kerana dikatakan awet muda kerana wajahnya yang tidak makan usia.


Bukan itu saja, malah Amy juga kelihatan seperti adik-beradik dengan anak-anaknya yang kini meningkat dewasa.

Dia pernah berkongsi gambar perkahwinannya dengan suami, Alvin Tham Suffian sekitar tahun 2000 sempena ulang tahun perkahwinan mereka dan rata-rata peminat kagum kerana wajahnya kelihatan muda berbanding usia.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nw111 12-12-2023 07:12 PM
Genetic muka somel, badan petite...mcm cousin dia mazuin..sama2 x nmpk tua
Quote downiey 12-12-2023 09:11 PM
maintain comey;
Quote ashilalat 12-12-2023 09:57 PM
nw111 replied at 12-12-2023 07:12 PM
Genetic muka somel, badan petite...mcm cousin dia mazuin..sama2 x nmpk tua

Kalau genetik kenapa anak nya x sama?
Quote nw111 12-12-2023 10:55 PM
ashilalat replied at 12-12-2023 09:57 PM
Kalau genetik kenapa anak nya x sama?

Hikut hayah nyeee...
Quote Rachel_Green 13-12-2023 07:34 AM
kak amy sentiasa win dalam memberi komen..i love you. dan memang you sangat2 cantik.
Quote asimilasi 13-12-2023 07:55 AM
sentiasa lawa and xover dari segala segi...
Quote peachnfamous 13-12-2023 08:02 AM
Edited by peachnfamous at 13-12-2023 08:03 AM

52? patut la skrg dia berlakon jadi mak2. kt dlm hati "serius la dia jadi mak, bukan dia muda lg ke?"
Quote Kurex 13-12-2023 09:34 AM
sama macam iols, takut nak bangga diri bila orang puji. iols ucap alhamdulillah & terimakasih jah. selalunya iols bolayan. iols takut jadi mcm kawan iols. orang puji dia comel, 7 hari dia akan ulang benda sama "orang kata aku comel, aku lagi comel dari kau". dia tak tau ke pujian tu sebenarnya perli....
Quote GegarVaganja 13-12-2023 09:43 AM
Astro tak nak buat program travel mak-mak pulak ke? Calon-calon mak:
Amy Mastura
Ziana Zain
Jaclyn Victor
Nikki Palikat
Joyah Vegas
Wan Maimunah

Quote anarina 13-12-2023 09:44 AM
Okaylah she aging gracefully tp nampak gak la kertua dia cuma gracefullyyy
Quote KamikuP 13-12-2023 09:52 AM
Tengok kat youtube Zarul interview dia masa jadi stewardess dulu. Dia citer ada hantu cina serkup kepala dia ngan plastik. Dia ingatkan mimpi, jaga2 je ada plastik kat atas katil.. ngeeeee....
Quote red_borris 13-12-2023 09:55 AM
nw111 replied at 12-12-2023 07:12 PM
Genetic muka somel, badan petite...mcm cousin dia mazuin..sama2 x nmpk tua

betul tu.. cp mazuin dah umo dekat 60 dah, kalu jalan sebelah anak2 nya memang boleh d anggap kakak sulong
Quote Kurex 13-12-2023 02:14 PM
KamikuP replied at 13-12-2023 09:52 AM
Tengok kat youtube Zarul interview dia masa jadi stewardess dulu. Dia citer ada hantu cina serkup ke ...

dekat sini pun ada hantu cina uols.. pakai cheongsam lusuh berdiri sebelah tokong kecik
Quote I.K.A888990 13-12-2023 07:56 PM
mmg maintain lawa acik amy ni dr dulu smpai skrg
tgk dia berlakon mak2 pun kdg dia lagi lawa dr watak si anak haha
Quote Realpeople17 13-12-2023 08:24 PM
Aku penah tgk gmbr kelas beramai ramai amy mastura ni. Dia sekelas ngan mak sedara aku kat skolah convent ipoh. Pattern air muka dia sama je masa skolah tu dgn skarang. Bila tgk gmbr tu trus bleh cam amy ni. Tgk skarang pun nmpk mcm takde ubah apa2 kat muka. Harap2 jgn diusik la ye amy muka tu. Biar aging gracefully sbb air muka dia mmg da comel.
Quote Incanto 13-12-2023 08:40 PM
peachnfamous replied at 13-12-2023 08:02 AM
52?  patut la skrg dia berlakon jadi mak2. kt dlm hati "serius la dia jadi mak, bukan dia muda lg  ...

dulu dia berlakun jadi mak pasah
aku dah membebel kutuk casting sebb pasah dgn amy nampak sebaya. Masa tu pasah masih chubby

rupanya dia bukan mak kandung pasah, tapi pasah  anak kawan dia 6 dia bela dari kecik
Quote rosevelvet 13-12-2023 11:03 PM
Melisa saila pun jenis x tua
Quote makita 14-12-2023 07:53 AM
GegarVaganja replied at 13-12-2023 09:43 AM
Astro tak nak buat program travel mak-mak pulak ke? Calon-calon mak:
Amy Mastura
Ziana Zain

Chuols Joyah Vegas lepas pkp tros tak aktif fb dia. Byk lama post dia delete. Pelik ya sbb dia segala segi akan citer n tunjuk kt fb.
Quote chinta89 14-12-2023 10:01 AM
melissa saila, maria farida, amy mastura. muka x reti tua.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.037694 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top