Pelakon, Izreen Azminda, 38, mendakwa bekas isteri suaminya, Intan Liana Saleh, 38, kerap membuat provokasi dengan sengaja terhadap dirinya menyebabkan dia nekad mengambil tindakan undang-undang.
Menerusi beberapa hantaran di IG Story, kata Izreen, kenyataan yang dibuat oleh Intan sudah keterlaluan. Izreen membuat kenyataan balas itu selepas Intan memuat naik satu hantaran yang mendakwa sekali lagi menerima surat saman daripadanya. Sementara itu, Intan mendedahkan masih menerima pelbagai mesej daripada warganet yang mengatakan 'pihak sebelah sana' masih mencanang berita mengenainya sehingga hari ini. Menerusi hantaran itu, Intan meluahkan rasa kecewa apabila dituduh masih tidak 'move on' dengan bekas suaminya kerana sering berkongsi luahan perasaan di media sosial. "Kalau korang di tempat bonda sekarang apa yang korang akan buat? Bangkit melawan atau akur dengan tuntutan saman mereka? "Bila disaman, bonda menangis. Tiada hala tuju dan hanya meluah perasaan di laman Instagram sendiri. Macam mana nak 'move on' kalau tiba-tiba dapat surat saman? Kena diam ke?," katanya dalam hantaran itu. Intan turut mempersoalkan haknya untuk membuka mulut kerana sering disaman apabila bersuara selain turut menyatakan sama ada dia perlu diam seribu bahasa atau menutup akaun miliknya. Intan juga mendedahkan pasangan itu dengan yakin menuduh peguamnya sudah menarik diri melalui mesej yang diterima daripada warganet. Untuk rekod, Intan yang bercerai dengan Ude pada 2018 sempat bermadu dengan Izreen sebelum berkahwin dengan penjawat awam Mohd Aizam Yahya, 27, pada 2021. |
cm_vungtau replied at 12-12-2023 07:47 PM
Dua2 pun salah. Jering salah ambik laki orang. Si ex wife pulak salah sebab patutnya ko jangan masuk ...
cm_vungtau replied at 12-12-2023 07:47 PM
Dua2 pun salah. Jering salah ambik laki orang. Si ex wife pulak salah sebab patutnya ko jangan masuk ...
missHaidiD replied at 12-12-2023 07:52 PM
Sama la 2 ekor ni. Intan pun kuat provoke.bila kena saman mula buat cite sedih. Serius jadi bosan tg ...
ADVERTISEMENT