CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Peminat Tak Puas Hati Nadeera Ganti Nyanyi Lagu Astana Di SFMM38, Rocketfuel Jelaskan Ia Keputusan Ernie Zakri

11-12-2023 08:15 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7972| Komen: 23

Peminat kepada Ernie Zakri kecewa apabila penyanyi itu tidak akan menyanyikan lagu Astana yang lolos ke peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 (SFMM38).

Susulan itu peminat meminta penjelasan daripada bekas syarikat rakaman Ernie iaitu Rocketfuel Entertainment berhubung menggantikan penyanyi asal dengan pendatang baharu, Nadeera.



Meninjau ke ruang komen Instagram Rocketfuel, peminat mendesak supaya syarikat rakaman tersebut menarik semula keputusan tersebut.

"Kami undi untuk Ernie... Astana tiada apa-apa tanpa peminat Ernie. Kenapa Rocketfuel buat begini?

"Serius awak gantikan Ernie untuk lagu Astana? Kenapa gantikan Ernie dengan Nadeera tanpa sebarang penjelasan?

"Kecewa kalau betul-betul Ernie tak nyanyi di SFMM38. Penat undi Ernie, sekali orang lain pula yang nyanyi," komen peminat.

Tampil membalas di ruangan komen, Rocketfuel memaklumkan Ernie sendiri yang memutuskan untuk tidak menyanyikan lagu tersebut di SFMM38.


"Rocketfuelent menghormati keputusan penyanyi asal untuk tidak menyanyikan lagu ini," katanya.

Sebelum ini, Ernie juga pernah berdepan perkara sama apabila lagu asalnya iaitu Berakhirlah Pencarianku gandingan duet bersama Hafiz Suip digantikan dengan Wani Kayrie pada SFMM37.

Tidak melatah akan perkara itu, Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 30 berkata, ia bukanlah permintaannya namun keputusan tersebut dibuat oleh pihak pengurusan.

Untuk info, sebanyak 30 lagu akan bertanding pada SFMM38 yang berlangsung pada 15, 16, 17 Disember ini di TV3.

Program tersebut akan dihoskan oleh Izzue Islam dan Fiza Frizzy.

Setiap episod SFMM38 akan dimeriahkan dengan persembahan penyanyi jemputan termasuk Norazniza Idris (episod pertama), Akim & The Majistret (episod kedua) dan Search (episod ketiga).


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote just_fighter 11-12-2023 08:17 PM
Rocketfuel
Quote I.K.A888990 11-12-2023 08:42 PM
rocket ckp ernie yg minta tp ernie ckp lain pulak...
apooooooooo je la
papepun go go go nadeera.....tak sabar nk tgk versi dia
Quote Bergosip 11-12-2023 09:13 PM
tahun lepas pon sama kan. rocketfuel bagi artis lain nyanyi dekat sfmm. tak adil untuk penyanyi asal
Quote September14 11-12-2023 09:19 PM
Nper erni sllu kena ganti? Nadeera tu okla tp x mnat lah…. Sian ernie mcm x logic klu aku jd pnerbit mm aku cxl je trus suka2 nk gnti tnpa psetujuan pnyi
Quote ashilalat 11-12-2023 09:45 PM
Ini bukan kali kedua. Ni kali ketiga.

First dlu masa lagu Misteri. Ernie x dapat nyanyi. Pastu kedua duet dgn Hafiz. Pastu Astana ni. X paham apa masalahnya. Rocketfuel kata ernie yg x nak. Yg ernie kata pengurusan plak x bagi. Pengurusan mana?

Ernie ada potensi boleh jd flop mcm zaman Aishah, Ning B, Dayang dan Noraniza gado dgn syarikat rakaman. Abis la kena titik je dgn Enah Bendul je lepas ni.

Badi Ziana beralih ke Ernie - x pernah menang AJL.
Quote jihah_kudat 11-12-2023 09:52 PM
nak tahu jugak kenapa ernie kena ganti
tapi okay la nadera yang ganti boleh la layan dari budak busking yang ganti ernie nyanyi lagi polis evo & sirna tu sumpah tak sedap..suara karaoke sangat..
Quote hyie 11-12-2023 09:59 PM
bukan ke sebab sheols dan under universal sekarang, pastu lagu tu bawah label rocket? so sheols x boleh dah bawak lagu2 yang unde label rocket, bukan gitu ke?
Quote fadz84 11-12-2023 10:02 PM
ashilalat replied at 11-12-2023 09:45 PM
Ini bukan kali kedua. Ni kali ketiga.

First dlu masa lagu Misteri. Ernie x dapat nyanyi. Pastu kedu ...

Lagu Misteri tu mmg x lepas pegi semifinal kan?
Quote fadz84 11-12-2023 10:08 PM
hyie replied at 11-12-2023 09:59 PM
bukan ke sebab sheols dan under universal sekarang, pastu lagu tu bawah label rocket? so sheols x bo ...

Kalau dulu mmg gitu pun.. lagu Ning Kau & Aku Kumpulan Kool yg nyanyi kat AJL 95, lagu Kak Ecah Merenung Bulan pun Kumpulan Kool yg ganti kat semifinal MM11.
Quote ashilalat 11-12-2023 10:29 PM
fadz84 replied at 11-12-2023 10:02 PM
Lagu Misteri tu mmg x lepas pegi semifinal kan?

Elok je jd juara carta. Bila ernie ada klua statement x akan nyanyi lagu tu kalau masuk semis, terus kena keluar carta. Kalau ikut kan, ernie baru menang vokal terbaik AJL aku cinta. X kan tv3 x nak ernie ada dalam saingan tahun berikutnya?
Quote LembingDayanti 11-12-2023 10:32 PM
aku syak nininono ni mmg diva so mgmt pun nak sabo kut
Quote ashilalat 11-12-2023 10:35 PM
hyie replied at 11-12-2023 09:59 PM
bukan ke sebab sheols dan under universal sekarang, pastu lagu tu bawah label rocket? so sheols x bo ...

So kalau buat konsert pon x leh nyanyi lagu² lama? Merugikan sungguh. Artis lama mcm Siti, Liza dah lama klua src. Elok je masih bole bawak lagu lama. Nek ani je awal² klua src ada gado² dgn tokey, x leh nyanyi lagu lama. Lps tu tgk elok je ada nyanyi Hati Kama kat GV dgn Liza.

Dalam kes Aishah..ada juga la dia nyanyi lagu Janji Manismu kan. Dayang pon ada je kan nyanyi lagu Smac. Ning X pernah dgr Ning skrg nyanyi lagu zaman Curiga dan Pasti. Kena banned terus ke apa.
Quote sukebintang 11-12-2023 10:35 PM
kalau lagu under rocketfuel, komposer tak kan tak ada hak atas lagu tu? maknanya dia boleh pilih erni juga nyanyi.
melainkan komposer pun sign as composer under rocketfuel. memang susah juga la

atau pun kalau pengurusan erni yang sekarang ni tak kasi??
Quote Rhyno 11-12-2023 10:37 PM
katanya Media Prima tak ngam dgn Universal Music.............
Quote lovelytouch 11-12-2023 10:38 PM
LembingDayanti replied at 11-12-2023 10:32 PM
aku syak nininono ni mmg diva so mgmt pun nak sabo kut

Akaq pun syak sheols mendiva sbb sheols quite menyombong jgk yacchh.. kat public ja tunjuk ala2 seorg tino yg fun & easy going..
Quote YomiuriLandMae 11-12-2023 10:47 PM
susah la gini kalo dah ada issue2 gini.. mmg yg lg sorg tu senang la mendonia nnt..
Quote fadz84 11-12-2023 11:29 PM
Rhyno replied at 11-12-2023 10:37 PM
katanya Media Prima tak ngam dgn Universal Music.............

Elok je Ernie n Syamel bt persembahan kat FD3 akhir aritu..
Quote sleepandream 12-12-2023 03:44 AM
masalah hakcipta label company ke?
buat jela macam kelly clarkson dgn taylor swift tu... rakam balik lagu lama dgn company baru... apa susah?
Quote alesandra 12-12-2023 04:12 AM
Ernie masuk  the masked singer

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.037457 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top