CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Bukan Saya Beri Markah" - Jaclyn Victor Juara ASGV, Ada Netizen Tak Puas Hati

11-12-2023 01:15 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 14596| Komen: 101

Penyanyi Jaclyn Victor berharap semua pihak bertenang dan tidak mempertikaikan kejuaraannya dalam program All Stars Gegar Vaganza (ASGV).

Jaclyn berkata, program tersebut telah dinilai oleh barisan juri profesional dan menganggap kemenangannya itu sebagai satu rezeki.



"Saya minta maaf, saya sayangkan Liza Hanim dan juga peserta lain semua. Saya tak ada masalah dengan mereka tapi ini namanya pertandingan.

"Sumpah saya cakap bila berdiri dekat atas tu saya macam dah pasrah. Apa sahaja yang jadi malam ini saya berserah sahaja

"Siapa sahaja yang menang malam ini saya pastinya akan gembira untuk mereka. Liza buat sangat sangat baik. Saya tidak tahu apa kriteria permarkahan dan mungkin ini rezeki saya," katanya.

Tambah pelantun lagu Gemilang itu, dia berharap agar peminat setiap peserta tidak membuat sebarang andaian dan spekulasi negatif terhadapnya.



"Saya harap orang dapat melihat kita punya persahabatan adalah ikhlas sebab saya sangat sukakan Liza Hanim.

"Saya sangat hormati dengannya dan saya tak rasa yang kita ini ada berkata buruk, tak ada.

"Secara jujurnya kalau dia buat dengan sangat bagus, kami semua sentiasa memberikan sokongan antara satu sama lain.

"Saya harap peminat juga boleh bawa bertenang. Bukan saya yang memberikan markah dan saya berserah sahaja. Tapi saya sayang Liza dan semua bintang ASGV," katanya lagi.

Terdahulu, kemenangan Jaclyn telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan peminat dan juga netizen sehingga menceruskan perbalahan di media sosial.

Netizen juga berpendapat, penyanyi Liza Hanim lebih layak dinobatkan sebagai juara berbanding Jaclyn.


Sumber: Oh Bulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 11-12-2023 01:21 PM
X puas hati pasal apa?..dah dia mmg layak. Jauh lebih baik dari semua peserta.
Quote Fly_over 11-12-2023 01:55 PM
kesian jac..
Quote Burong_Hantuk 11-12-2023 02:00 PM
Tahniah la aciiii
Quote sleepandream 11-12-2023 02:01 PM
ni semua gara2 story IG tokti la khennn
Quote ezacbee 11-12-2023 02:05 PM
sleepandream replied at 11-12-2023 02:01 PM
ni semua gara2 story IG tokti la khennn

Kenapa tu?

Aku yg x tgk pun dah blh hagak jac menang

Quote ReginaGeorge 11-12-2023 02:19 PM
Seramnya penampilan
Quote Ahriman 11-12-2023 02:22 PM
Tahniah.rezeki christmas gamaknya..
Quote dua_chzy 11-12-2023 02:25 PM
Bila Jac nak buat konsert?
Quote She-Ra 11-12-2023 02:27 PM
ehh dia mmg sgt okay la
bkn jenis mendiva, humble
Quote selipar_hijau 11-12-2023 02:30 PM
Jac memang layak menang kot.

Last year Gv9 jac duet dgn aina abdul punya la jadi sedap lagu cinta tu. LH duet mlm td dgn aina terus jahanam aku dengar

Pekikan LH dengan pekikan jac, sedap lagi jac
Quote jihyomelly 11-12-2023 02:32 PM
ok je jac ni menang..lagi pun dia xla over confident..anggap la dah memang rezeki dia..
Quote esbok 11-12-2023 02:52 PM
Pertandingan, adat lah. Bak kata vince, kita semua adalah pemenang tiada pengalah
Quote Bonger 11-12-2023 02:55 PM
Pelik erkk padahal Liza Hanim no 4 bukan 2 ke 3,tetap netizen pertikaikan.belum lagi kalau Liza Hanim juara tu pon akan dipertikaikan jgk
Quote scrocth 11-12-2023 03:00 PM
Patutnya jangan marah jac, pglah serang juri juri tu. Actually kalau jac ke? Nikki ke? Hady ke eh kalau sapa2 pun antara mereka tu juara pun meols mcm ok jer sbb masing2 dh all out gilaaa smlm. Patutnya umumkanlah tempat ke-3 hingga juara. Then yg ke bawah tu yg bagi 10ribu setiap sorg.
Quote Tunan 11-12-2023 03:02 PM
Bonger replied at 11-12-2023 02:55 PM
Pelik erkk padahal Liza Hanim no 4 bukan 2 ke 3,tetap netizen pertikaikan.belum lagi kalau Liza Hani ...

Hady no 2 pun peminat tak puas hati
Diorg nk hady corot
Peminat siapa x tau
Quote Sachacha 11-12-2023 03:06 PM
Laaa sapa yg jaki sangat tu..ok sgt jac jd juara
Perangai she pun ok tak ngada².. tak over kompiden..
Quote mrsLucky 11-12-2023 03:06 PM
Suka sangat dengan Jac. Memang i nak dia menang. I suka Hady juga. To me Jac dari dulu sampai sekarang sama jer. Humble, pro dan friendly. Jac pi lah audition American got talent. Try try..
Quote kaseh80 11-12-2023 03:12 PM
Jac the one and ONLY
Quote alesandra 11-12-2023 03:18 PM
Ni  semua bunda la punya psl.konpiden je LH.ujung2 fight tu sebenarnya antara jac dgn hady.LH terpelanting jauh.betul la acik porem kata memekik.. batak dia kata belting

Lihat semua komen(101)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.047341 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top