Pelakon Mak Wan Latah hampir pengsan selepas mengetahui dia dituduh cuba mengganggu rumah tangga orang lain sehingga pasangan itu hampir bercerai. Menerusi temu bual bersama Melodi, Mak Wan menafikan tuduhan berat itu. Tegas Mak Wan, 62, dia tidak pernah mengganggu suami orang serta rumah tangga pasangan lain.
"Saya tak mengganggu sesiapa, saya tak ambil atau kacau suami orang. Saya tak pernah ganggu rumah tangga orang. Saya tak buat walaupun saya miskin dan susah. Saya tak buat! "Rumah tangga siapa yang saya kacau? Suami siapa yang saya ambil duitnya? "Orang tuduh Mak Wan tapi lihat keadaan saya, cantik ke diri saya? Ada ke lelaki nak saya lagi? Nilaikan sendiri. "Kasihankanlah diri saya. Jangan fitnah saya lagi. Saya tak tahu dosa-dosa lampau tapi saya reda dengan ketentuan Allah," kata Mak Wan. Pelakon drama 7 Hari Mencintaiku juga mengingatkan kepada individu yang menuduh untuk mencari dirinyadi akhirat untuk memohon maaf. "Yang menuduh kau carilah saya di sana (akhirat). Kau tak akan hidup senang! Cukup-cukuplah fitnah orang. "Saya minta maaf, cukup-cukuplah mengata saya," katanya lagi. Sumber: Oh Bulan
|
selipar_hijau replied at 11-12-2023 01:41 PM
aku tengok melodi smlm part mak wan ni, tapi mcm kelakar pulak aku rasa masa dia nak pengsan tu

ADVERTISEMENT