CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ibnor Riza Belum Sedar Seminggu Selepas Pembedahan

9-12-2023 08:10 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 32062| Komen: 3

Seminggu selepas menjalani pembedahan membuang air di kepala, keadaan penyanyi Ibnor Riza semakin kritikal dan masih belum sedarkan diri.

Isterinya iaitu Sarimah Suleiman, 51, berkata, Ibnor sepatutnya sudah sedarkan diri atau sekurang-kurangnya memberi tindak balas selepas tiga hari menjalani pembedahan.



"Keadaan suami saya ketika ini masih lagi sama. Tidak sedarkan diri sejak 2 Disember lalu iaitu hari dia melakukan pembedahan. Doktor memaklumkan tindak balas dia sangat perlahan ketika ini.

"Kalau ikutkan dalam dua atau tiga hari sepatutnya sudah ada pergerakan... Doktor juga akui pergerakan abang Ibnor perlahan," katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.

Tambah Sarimah, ketika ini Ibnor masih lagi belum boleh menerima kunjungan pelawat kecuali ahli keluarga terdekat.

Dalam masa sama, Sarimah juga memohon supaya orang ramai dapat mendoakan kesembuhan dan kesihatan Ibnor kembali pulih seperti sedia kala.


"Saya mohon supaya orang ramai dapat mendoakan abang Ibnor dapat segera sedarkan diri seperti sedia kala," ujarnya.

Sabtu lalu, Ibnor atau Ibnor Riza Ibrahim, 62, menjalani pembedahan membuang air di kepala di Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM), Bandar Tun Razak, Cheras selepas mengadu sakit kepala.

Sarimah memberitahu pembedahan tersebut untuk membuang air di kepala susulan sel kanser limfoma dihadapinya sudah merebak ke bahagian otak.

Pada 19 Februari lalu, Ibnor tiba-tiba diserang pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, kolesterol tinggi, buasir, darah tinggi dan migrain yang teruk.

Dia mendapat tahu tentang kanser itu selepas melakukan pemeriksaan doktor susulan mengalami bengkak pada lehernya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote little_sis 9-12-2023 08:16 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan.. aamiin..
Quote nw111 9-12-2023 08:25 PM
Semoga Allah permudahkan urusan...this year rasanya mcm ramai betul artis meninggal/sakit..
Quote Sesuatu… 9-12-2023 10:42 PM
Moga dipermudahkan semua urusan beliau sekeluarga….shafakallah

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.143062 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top