Pelakon, Nabila Huda seakan tidak percaya bahawa usianya akan menginjak angka 40 pada tahun hadapan. Menerusi hantaran di platform X, Nabila berkata dia tidak dapat membayangkan bagaimana kehidupannya di usia tersebut.
Dalam masa sama, aktres itu turut memasang azam untuk mengambil lebih banyak makanan sihat selain ingin menambah bilangan cahaya mata. "Akan masuk umur 40 tahun depan? Uish macam mana lah kehidupan lepas 40 ek? Mesti makin lupa-lupa skrip. "Sekarang pun baca skrip ulang-ulang 10 kali juga nak ingat. Teruk lah. "Saya rasa patut makan lebih banyak sayur dan buah. Okay itu azam 2024 dan saya mahu lebih ramai anak. Kenapa susah sangat eak," katanya. Sementara itu, menerusi satu lagi siri hantaran pada entri sama, Nabila meluahkan hasrat untuk sekurang-kurangnya dikurniakan dua lagi cahaya mata.
|
cmf_premierleag replied at 9-12-2023 09:06 PM
Tgk gambo pun bleh terbau busuk hanyir dia ni..x tau la kenapa
Carcosa replied at 10-12-2023 10:01 AM
Hak alah ngko.
Org yg sehat walafiat, tak merokok, tak clubbing hidu asap rokok org lain, tidur elok ...
ADVERTISEMENT