CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jadi Mangsa Foto Tak Senonoh AI, Mira Filzah Minta Orang Ramai Buat Report

9-12-2023 02:41 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 14867| Komen: 5

Pelakon Mira Filzah mungkin dilihat berdiam diri apabila tular foto tidak senonoh miripnya disunting menggunakan teknologi kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI) sebelum ini.

Bagaimanapun dalam berdiam diri, Mira, 30, memberitahu sudah berusaha melaporkan akaun tersebut namun TikTok memaklumkan tiada sebarang pelanggaran berlaku.


"Saya ada terima pelbagai mesej berhubung akaun palsu yang guna wajah Mira untuk edit benda tidak senonoh.

"Banyak DM beritahu dan Mira sudah tahu lama dan banyak kali buat laporan, banyak!

"Tapi TikTok tolak laporan itu kata tiada sebarang pelanggaran yang berlaku," katanya.

Dalam pada itu, Mira meminta bantuan orang ramai untuk melaporkan akaun tersebut sehingga ia disekat oleh TikTok.

Malah kata Mira, dia juga tidak teragak-agak untuk melaporkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).



"Kepada pemilik akaun palsu itu, saya mungkin senyap dan tidak banyak bercakap mengenai perkara ini.

"Tapi jangan sampai saya buat laporan dan aduah jenayah siber SKMM. You better stop!," tegasnya.

Sebelum ini kecoh gambar-gambar selebriti tempatan disunting secara melampau sehingga mengaibkan terutamanya dalam kalangan wanita.

Selain Mira, antara selebriti yang turut menjadi mangsa adalah Uqasha Senrose, Puteri Aisyah, Sophia Albarakbah dan Iman Troye.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rogue98 9-12-2023 03:08 PM
Report jer lah...nak warning buat apa.
Quote ReginaGeorge 9-12-2023 03:38 PM
Buat apa suh netizen report. Awak jer la yg report. Salah guna kuasa netizen la ni kan? Artis sekarang memang mcm ni. Sikit2 nak suh netizen doakan, suh netizen report.
Quote shernazz 9-12-2023 04:56 PM
Setau iols yang selalu kena.tepek.muka kat Gambo lain Ni lando zawawi je
Quote Kurex 12-12-2023 03:42 PM
kau la report. kau suruh la peminat kau yg dari kalangan hijabis kepam tlg reportkan. takpun suruh peminat kau dari kalangan jantan gila sex yg amat mudah terangsang bila dipanggil babi sayang. tapi kau punmacam dah takde peminat dah dan masa kau pun dah berlalu. orang dah celik aka supaya takkan minat dgn artis yg takde bakat, takde gred. mengacara pun meleweh2. kau tu mengacara tau, bukan pujuk raru jantan tau! intonasi dialog pun macam kau tgh baca buku teks zaman sekolah. watak pun balik2 tu je yg kau lakonkan. takde perubahan dari awal kau muncul dalam industri seni. kau rport la sendiri, takkan nak org lain reportkan. mengadanyah kau ni pompuan! orang lain dah tak perasan dah kewujudan kau dalam industri seni silap2 orang pun tak tau kau ni siapa. apa guna laki kau tu kalau tak buat report. nak jugak nak menyusahkan org lain!!!
Quote MatDeghem 12-12-2023 04:00 PM
Alaaa bukan dia. gambar AI je....ok pe



yang ini gambar AI bukak muka ok je....pak ostad say ok.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.036497 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top