Pengacara dan pelakon Hawa Rizwana, 28, memilih akan terus menjaga rapi hal membabitkan kehidupan peribadi mahupun hubungan percintaan. Hawa atau nama sebenarnya Hawa Rizwana Ahmad Redzuan berkata dia memang sentiasa dirundung ketakutan dalam setiap gerak-gerinya terutama sekarang namanya semakin dikenali.
"Kalau hal keluarga atau hubungan (cinta), saya memutuskan untuk simpan dan biarkan privasi. Kalau pasal gosip, alhamdulillah (tiada) sebab mungkin ibu bapa saya sangat-sangat tegas. "Jadi apa-apa yang saya buat, saya terlebih fikir. Boleh buat itu, ini tak? Hal itu boleh jadi baik dan tak baik sangat. Sebab saya sebelum buat apa-apa jadi takut. Jadi keras, tegang, skema sebab terlalu fikir dan menjaga. "Tak apa, saya jadi diri sendiri. Setiap kerja atau apa-apa yang saya buat, saya nawaitu pada diri sendiri, buat saja asal jangan kacau atau buat jahat kat orang lain," katanya pada sidang media pelancaran siri The Cadets, di sini, baru-baru ini.
Pengacara MeleTOP itu turut mensyukuri tawaran seni diraihnya semakin rancak dan laluan bergelar anak seni kian dipermudahkan. "Saya takut sebenarnya dengan semua rezeki sekarang. Bersyukur tapi pada masa sama takut apa akan jadi seterusnya. Tapi nak takut sangat pun nanti saya tak bergerak. Cuma buat saja. "Saya bersyukur ada ibu bapa dan orang sekeliling yang sentiasa melindungi. Saya minta mereka cakap saja kalau ada perkara yang tidak okay saya buat," katanya. Hawa membintangi siri The Cadets bersama Mierul Aiman, Bella Dowanna dan Fimie Don yang bakal ditayangkan pada 27 Disember di saluran Astro Ceria. Sumber: Harian Metro
|
Rogue98 replied at 9-12-2023 03:03 PM
Rasa husband dia mayb jenis nerd yg bijak.
I takleh nak imagine dia dgn artis or lelaki jenis socia ...
sukanyanyi replied at 9-12-2023 04:35 PM
I stuju ngn u. I pun takleh byg dia dgn retis. Tp chop, sapa yitu rafizi? Sori, duk dlm gua sblm n ...
anony-mous replied at 9-12-2023 04:39 PM
Biar betul xkenal rafizi?? Pakar formula
sukanyanyi replied at 9-12-2023 04:35 PM
I stuju ngn u. I pun takleh byg dia dgn retis. Tp chop, sapa yitu rafizi? Sori, duk dlm gua sblm n ...
Rogue98 replied at 9-12-2023 06:11 PM
Rafizi Ramli lah....Menteri ekonomi pakar formula mcm tau semua benda ...tapi tak tau apa benda... ...
irvene replied at 9-12-2023 02:48 PM
marhean sangat muka ko noks
jari10 replied at 10-12-2023 06:48 PM
Muka bukan pompuan marhaen macam mana?
MisXoXo replied at 10-12-2023 09:13 AM
Opkos kena cari sekufu.bapak dia org ilmiah uitm perlis sana tu.dekan kan.mcm mira filzah jugaklah b ...
ADVERTISEMENT