CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shahrol Tegur Hans Isaac Isu Gelanggang Bola Sepak Rosak Lepas Konsert Coldplay

9-12-2023 12:01 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 9178| Komen: 14

Bekas pelawak kumpulan Shiro, Shahrol menegur Datuk Hans Isaac selaku Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mengenai isu gelanggang rasmi skuad Harimau Malaya yang terjejas selepas berlangsungnya konsert kumpulan Coldplay.


Menerusi hantaran di Instagram (IG), Shahrol kesal dengan Hans yang sebelum ini mengatakan ‘saya sudah menjadi expert rumput sekarang‘ namun semalam mengeluarkan kenyataan rasmi memohon maaf berhubung kondisi padang Stadium Nasional Bukit Jalil.


Kata Shahrol, pihak pengurusan sepatutnya sudah ada ‘backup plan’ kerana tidak logik ingin memperbaiki padang ke tahap optimum dalam tempoh singkat.

"Bro Hans, tak salah kecaman dari netizen kerana itu adalah sebuah ekspresi kekesalan dengan apa yang berlaku. Bila dipersoalkan tempoh hari, kamu jawab sudah ada formula tetapi hari ini (Khamis) keluar kenyataan mohon maaf dan alasan tidak punya masa untuk perbaiki.


"Saya akui tidak bijak tetapi bukankah di dalam pengurusan kamu sudah maklum jadual penggunaan stadium. Jika kamu benarkan penggunaan untuk konsert maka implikasinya kamu sudah tahu.

"Mustahil ianya boleh diperbaiki dalam tempoh terdekat jadi kamu perlu ada plan lain seperti tukar perlawanan final ke stadium lain. Atau juga konsert diubah ke stadium lain," katanya.


Dalam pada itu, pemilik nama Shahrol Azizie Azmi turut meluhakan rasa kasihan terhadap Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang sudah bersusah payah menaikkan mutu bola sepak.

"Kadangkala kasihan melihat komitmen tenaga dan wang ringgit TMJ yang benar-benar ingin membantu menaikkan mutu bola sepak kita tetapi disampahkan seperti itu sahaja.

"Tak salah untuk kita ambil jawatan tetapi biarlah ianya di dalam ruang lingkup bidang kita agar ianya boleh dilakukan dengan setulus hati agar satu pembaharuan boleh dibawa," katanya lagi.

Terdahulu, Perbadanan Malaysia (PSM) memohon maaf kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) selaku penganjur Piala Malaysia 2023 berikutan keadaan padang SNBJ yang kurang memuaskan menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia, malam ini.

Sebelum ini, TMJ mengurniakan rumput jenis Zeon Zoysia untuk digunakan di SNBJ yang mula ditanam tahun ini.


Sumber: Oh Bulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asamfish 9-12-2023 02:16 PM
rasanya tmj m wifey pun pegi tgk coldplay kan? no?
Quote sleepandream 9-12-2023 08:14 PM
bila semua keje nak sub sub kontraktor....
padahal penganjur sewa stadium bayar mahal kot...
Quote Piramida 9-12-2023 10:29 PM
Tok Hans ni baru pegang jawatan ni kan?
Nasib tak baik kena take responsibility.

Sharol ni sape pulak.. Yo Yo ooo.
Quote ezacbee 10-12-2023 12:49 AM
Antara tok hans dgn sharol.. sharol lagi poyo. Pung pang je..

Quote sranua 10-12-2023 10:13 AM
Benda betul, patut masa dapat surat tawaran lagi Dato Hans dah tolak jawatan tu. Benda boleh tolak..lainlah kalau perut kena pijak kena sain terima jugak.
Tapi itulah yang melantik pun aku pelik jugak..korang takde jawatankuasa tapisan ke..resume Tok Hans kalau jadi pengarah Aswara ke...Istana Budaya...ada la jugak ke arah seni.
Ni langsung berbeza. Ilmu, pengalaman takde.
Seolah macam syarikat sendiri lak..main lantik je tak tengok langsung background.
Quote cmf_Strawberry 10-12-2023 01:21 PM
Halah halah sharol satu gang kerajaan perpaduan tak payahla nak join kecam.  Tu CEO psm org kanan peja tu dok buat deep state.
Quote anony-mous 10-12-2023 02:53 PM
23/11 - 9/12. Dlm 2 weeks++ kalau start keje dari 23/11 tu boleh sgt nmpk elok sikit. Mgkin x sama mcm ori tp xde la hauk sgt mcm mlm perlawanan tu. ni klau 23/11 baru terhegeh2 buat surat, nk bg arahan mmg la gitu hasilnya.
Quote Madel 10-12-2023 03:04 PM
Hans ni apa kelayakan dia eh leh dpt jawatan tinggi2
Jadi Pengerusi Finas, Pengerusi PSM
tapi tu la semua jawatan yg dia pegang tak nampak pun komitment dia.
Aritu tenguk video kemain Hans bawa geng2 kroni artis dia meronda dlm stadium
Mengalahkan stadium tu bapak dia punya.
Shhrol tu pun sama je., kroni2 dia je yg meniaga kat ngepot kabin tu.
Baik la nko perbaiki mutu perkhidmatan n maknan kat ngepot tu.
Mahal, tak sedap n servis lambat
Grill ciken, speggeti kat tmpat aku leh dpt dlm rm9.90/10.
kat ngepot kabin tu smpai belas2 n puluh inggit
Order sup, kuah sup rasa kurma..add on bihun pun kena caj rm1
Quote KamikuP 11-12-2023 11:15 AM
Hans ni gagal dlm serba serbi khuenzz..

- gagal sbg pelakon
- gagal sbg Pengerusi Finas
- gagal bercinta (Erra / Neelofa)
- gagal dlm pertunangan (tunang berselingkuh ngan jantan lain)
- gagal urus padang

kene mandi bunga ni ekekekekekekekeke
Quote laksmanabentan 11-12-2023 11:36 AM
Madel replied at 10-12-2023 03:04 PM
Hans ni apa kelayakan dia eh leh dpt jawatan tinggi2
Jadi Pengerusi Finas, Pengerusi PSM
tapi tu la  ...

kelayakkan extra... jilatan terbaik.... slupprpppp...
Quote Lampuled 11-12-2023 11:37 AM
Sewa stadium tak perlu letak deposit ke?
Quote Burong_Hantuk 11-12-2023 12:46 PM
tok hans
Quote AnnaSendin 12-12-2023 03:02 PM
Baik lantik ex laki anak jebat jadi presiden. At least selalu pijak rumput stadium. Si filipin nieyh nan hado. Kalau pengerusi finas tuew boleyh tahan jugeks, at least dalam bidang seni.
Quote QueenCaramel 12-12-2023 08:48 PM
Camane la dorang bleh pilih tokhans ni..ape kelayakan die adeee..

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.053431 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top