“Mahu saya buat konsert? Beri saya enam bulan!” Itu antara ayat spontan yang terpacul keluar daripada mulut penyanyi bertaraf legenda ini ketika diaju pertanyaan mengenai hasratnya untuk menghadiahkan peminat dengan sebuah konsert.
Sebagai anak seni, dia tidak melihat dirinya sebagai cuma seorang penyanyi atau pelakon, tetapi lebih selesa meletakkan diri sebagai seorang penghibur. Malah, katanya, jika ditanya kepada mana-mana artis terutama penyanyi, siapa sahaja yang tidak pernah mengimpikan untuk mempunyai sebuah konsert yang hebat. “Kalau Allah SWT izinkan, siapa saja yang tak nak buat konsert bukan? Mana-mana penghibur akan cakap mahu, tipulah kalau cakap tak nak. “Tetapi buat konsert bukan sekadar untuk berseronok ya. Kena fikir tanggungjawab yang digalas. Kita sebagai penghibur, tentunya tak mahu mengecewakan peminat. Kita mesti nak orang yang datang akan pulang dengan sesuatu yang istinewa dan dikenang sepanjang hayat.
“Kalau saya sendiri tahu bahawa diri tak bersedia lagi nak buat persembahan, tak akanlah saya nak ambil risiko itu? Bagi saya, kalau betul nak buat, kena buat betul-betul. “Bukan tujuh lapan lagu sahaja nyanyi dan kemudian awak gelarkan itu sebagai konsert,”katanya. Kata Fauziah, pintu hatinya kini sedikit demi sedikit telah mula terbuka untuk meneliti beberapa tawaran daripada pihak tertentu untuk dirinya mengadakan sebuah konsert khas buat peminat. Sedar bahawa mungkin tindakannya itu akan menjadi pertikaian ramai, terutama apabila melihat kini satu persatu artis seakan berlumba-lumba mahu mengadakan konsert, Fauziah sda sebab tersendiri. “Apabila saya katakan bahawa kini sudah terbuka hati nak buat konsert, itu tidak bermakna saya terburu-buru nak buat hanya kerana rasa tersaingi bila melihat artis lain ramai yang adakan konsert. “Kalau betul saya fikir begitu, sudah lama sepatutnya saya dah buat konsert. Apa yang boleh saya beritahu, ya memang ada yang bertanya dan Insya-Allah, saya rancang untuk merealisasikannya sekitar pertengahan tahun hadapan. “Sebab itu saya minta supaya berikan masa sekurang-kurangnya enam bulan untuk saya menyediakan diri. Sudah begitu lama tak menyanyi pada persembahan berskala besar, saya semestinya kena buat persiapan yang sangat rapi,”katanya. Pun begitu, penyanyi yang popular dengan lagu Teratai Layu Di Tasik Madu dan Dia ini awal-awal memberi ‘amaran’ secara usikan bahawa peminat harus bersedia untuk tidak meletakkan harapan besar untuk melihat dia mampu menyanyikan lagu-lagunya yang bernada tinggi sama seperti tiga dekad yang lalu. “Saya tahu, kalau buat persembahan, tentunya peminat akan minta dan nak dengar lagu-lagu lama saya. Kalau siapa yang tahu, lagu-lagu hits saya banyak juga yang bernada tinggi. “Memandangkan usia saya pun bukan lagi 20-an, saya harap peminat pun tak letak jangkaan tinggi lah untuk saya bawa lagu sama macam dulu-dulu. Kakau tak lepas nyanyi, boleh gigit jari saya nanti. “Mungkin untuk konsert itu kelak, akan kita buat sedikit penyesuaian dari segi susunan lagu dan sebagainya. Saya akan cuba sedaya upaya yang boleh. “Itu sebab saya nak betul-betul jalani latihan intensif untuk vokal dan persembahan. Saya pun tak naklah menyanyi berdiri saja di depan orang, kena ada elemen seorang penghibur itu,”katanya. Bagaimanapun, Fauziah ketika ditanya Utusan Malaysia, mengakui, masih belum bersedia untuk memaklumkan butiran mengenai perancangannya untuk mengadakan konsert tersebut secara terperinci. Sumber: Utusan
|
missyL replied at 9-12-2023 01:18 PM
I love kk gee sbb no gossip bkn2
But can sheols nyanyi live huwaaa
Also byk ke lagu sheols
fadz84 replied at 9-12-2023 01:58 PM
Lagu sheols byk kot... X perlu nyanyi lagu org utk konsert 2 jam.. hehe.. cuma live dh x sedap cm ...
missyL replied at 9-12-2023 01:18 PM
I love kk gee sbb no gossip bkn2
But can sheols nyanyi live huwaaa
Also byk ke lagu sheols
September14 replied at 9-12-2023 01:16 PM
Seyes ah? Lgu dia mmg sdap tp dia dh xleh nynyi.. seksa nengoknya
ADVERTISEMENT