Pelakon, Azrel Ismail, 39, mengakui status hubungan cintanya bersama seorang wanita bukan artis sejak setahun lalu sudah berakhir. Ditanya lanjut berkenaan perkara itu, Azrel mengakui dirinya kini berstatus 'single' dan masih tiada perancangan atau persiapan untuk mendirikan rumah tangga.
"Mungkin kami tiada jodoh, dan sekarang pun saya tidak ada hubungan dengan sesiapa. Jadi rancangan untuk berkahwin itu akan ditangguhkan. "Kami juga berpisah dengan cara baik dan tidak berlaku pergaduhan pun. Mungkin ada seseorang yang lebih bagus dan sesuai," katanya. Menurut Azrel, dia juga masih menunggu dan pastinya akan memberitahu berita berkenaan hubungannya jika sudah menemui pilihan hati. "Memang saya ada ramai kenalan dan masih lagi dalam proses mencari. Cuma belum dapat putuskan pilihan tu," katanya ketika ditemui pada pembukaan hab fesyen dan lifestyle Mimpikita di The Exchange TRX di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Azrel turut memberitahu dia akan mula menjalankan penggambaran drama bersiri terbaharu bermula tahun depan. "Buat masa sekarang saya hanya pergi ke acara-acara untuk memastikan 'branding' dan nama saya terus kekal dalam 'market'. "Karier sekarang baik je walaupun semakin ramai artis baharu yang masuk dalam bidang ni. Persaingan itu ada, tapi kita jalankan bahagian kita sebaiknya," katanya. Sebelum ini, Azrel pernah memberitahu dia sudah merancang untuk menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan hatinya tahun depan. Sumber: Harian Metro
|
phalanx: Paling takleh blah berlakon dr ...
slyfynx replied at 9-12-2023 11:48 AM
Sebaya aku rupenye die ni
phalanx replied at 9-12-2023 03:22 PM
Paling takleh blah berlakon drama tv1 bulan puasa bila tah, jadi anak beranak dgn dynas mokhtar. Dyn ...
shernazz replied at 9-12-2023 04:53 PM
Elok la takyah kawen dengan jejaka.perasan Ni..hahaha
Iols pernah nampak dia Ni kt paradigm.mall...
...
Hoshhi replied at 9-12-2023 03:17 PM
Pergi kau kawin dengan kemut
Hoshhi replied at 9-12-2023 09:15 PM
Yang ni kelakar. Setakat pelakon freezer nak perasan. Kalau meerkat ke nadhir nak perasan macam tu ...
ADVERTISEMENT