Fatin Afeefa risau nak kongsi foto kedua-dua anaknya, Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia di media sosial. Katanya dia takut dengan zaman teknologi Artificial Intelligence (AI) yang semakin hangat dan menjadi trend masa kini.
Dia sebaliknya lebih gemar menyimpan setiap kenangan bersama anak-anak di telefon bimbitnya sahaja. “Kalau tengok live saya hari-hari pun memang tak akan nampak anak-anak saya. Sejujurnya, saya memang tak nak tunjuk anak-anak saya.
“Sebab sekarang ni zaman teknologi AI, takutlah. Mereka boleh ambil gambar anak awak, boleh buat anak awak jadi besar, bogelkan anak awak. “Memories dengan anak-anak tu saya simpan dalam phone saja. Saya tak post sangat di media sosial,” katanya.
Fatin berkata demikian ketika menjawab persoalan netizen di sesi siaran langsung tersebut yang kerap bertanya mengenai keberadaan anaknya, Adam dan Ivy. Sekadar info, Fatin pernah berkahwin sebanyak dua kali namun perkahwinan pertamanya tidak didedahkan perinciannya. Menerusi perkahwinan pertama, dia memiliki seorang anak, Adam Aisy Arrian.
Pada 21 Disember 2013, Fatin berkahwin dengan Adam dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ivy Herra Sophia sebelum memfailkan perceraian pada 30 Mei 2017 dan berpisah dengan baik. -CARI Sumber: XTRA
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|