CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kami Bercinta Lepas Kahwin, Masih Malu-Malu Dan Dalam Proses Saling Mengenali Lagi,"-Nabila Razali

8-12-2023 10:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13351| Komen: 20

"Kami bercinta lepas kahwin, masih malu-malu dan dalam proses saling mengenali lagi," kata Nabila Razali yang baru tiga minggu bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Nik Iruwan Nik Izani, 38.

Nabila, 31, menyifatkan Nik Iruwan seorang suami yang begitu memahami dan terbuka memberikan sokongan kepadanya yang masih sibuk pelbagai aktiviti seni berikutan tuntutan kerja sudah dipersetujui.

Foto: IG

"Alhamdulillah, suami saya faham kerana kami berdua sekarang sibuk dengan kerja masing-masing. Malah, ia sudah kami bincangkan sejak awal sebelum berkahwin dan syukur dia sedia memberikan sokongan.

"Macam berlakon suami memberi izin, tetapi saya kena tahu menjaga batas dalam lakonan. Manakala untuk nyanyian, suami sarankan saya masuk kelas nyanyian.

"Dia (Nik) selalu cakap, jika saya mahu jadi penyanyi yang bagus, kena perbaiki diri sendiri dan minta saya pergi kelas nyanyian sebanyak mungkin dan sentiasa bekerja keras," katanya kepada Harian Metro.



Menurut penyanyi lagu Permata Hati dan Peluang Kedua ini, apa yang ditekankan suaminya supaya selalu pergi belajar menyanyi adalah persediaan terbaik pada masa akan datang untuk karier nyanyian.

Mengakui dia masih menerima kecaman netizen dalam persembahan nyanyian, pelakon drama Seindah Tujuh Warna Pelangi di TV3 ini berkata, sekarang dia berkongsi luahan perasaan sedih itu kepada suami.

"Apa pun saya tidak mahu menjadikan status isteri orang yang digalas kini sebagai satu alasan untuk tidak bekerja atau cuba kurangkan urusan pekerjaan kerana rumah tangga. Buat masa ini, saya masih boleh membahagikan masa dengan baik.



"Masa bersama suami dan keluarga tidak terganggu kerana semua jadual kerja sudah disusun dengan baik kerana mereka (keluarga) adalah keutamaan saya. Pada ketika ini, saya juga faham mana yang patut didahulukan.

"Malah, rezeki datang dalam pelbagai cara dan saya akur ketentuan Yang Esa kerana Dia adalah sebaik perancang. Mungkin saya akan kurang berlakon, tapi tawaran menyanyi pula banyak dan aktiviti lainnya," katanya.

Terdahulu, Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali hadir pada pelancaran single terbaharu, Hanya Kamu dan kolaborasi koleksi tudung bersama jenama Nada di ibu kota, baru-baru ini.


Pada 18 November lalu, Nabila sah bergelar isteri kepada Nik Iruwan dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah hotel di Pahang dengan dihadiri keluarga dan kenalan rapat.

Berbicara juga mengenai masakan istimewa untuk suaminya, Nabila berkata, dia belum berpeluang memasak hidangan sambal Jawa untuk Nik Iruwan berikutan jadual kerja yang padat.



"Saya sebenarnya teringin sangat nak masak sambal Jawa untuk suami dan tidak sabar menyediakannya kerana dia pun seorang yang tidak memilih makanan dan suka mencuba," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 8-12-2023 11:09 AM
Nape laa nab ni tak pakai songkett.. aku duk tunggu dia pakai songkettt..
Quote I.K.A888990 8-12-2023 02:37 PM
okay la sweet je tgk kat igs story dia dgn hubby
Quote awenda507 11-12-2023 12:52 PM
semoga berbahagia la kak nab
Quote sarah_ary2 11-12-2023 01:03 PM
Aiols suka Nab ni pakai apa pun nampak sgt kemas dan on point, and leher dia jinjang tue nampak cantik cara dia pakai tudung mcm tue
Quote Burong_Hantuk 11-12-2023 02:01 PM
Quote selipar_hijau 11-12-2023 09:50 PM
Semoga bahagia & berkekalan hingga akhir hayat. Slmt pengantin baru kak nab. Baju pengantin semua nmpk lawa naik seri
Quote dewi_rina 12-12-2023 09:40 AM
Malu-malu konon, menari depan orang dok lentok2 kat laki.. Malu katanyaaaa
Quote adeqbun 12-12-2023 11:01 AM
cantik la baju sanding yg ballgown tu...bleh kalah retis2 yg freehair..onpoint bajunya
Quote sofi_sofia 12-12-2023 11:50 AM
yg sesame pergi genting tu bukan namanya bercinta ke ... ke pergi sbb ada perbincangan perniagaan diatas sana?
Quote zehra2 12-12-2023 11:51 AM
ayo nab.. jgn tunjuk sgt kamg kna sondol.
Quote imanjannah 12-12-2023 12:22 PM
naik seri sungguh Nab.. iols suka.
Quote rosevelvet 12-12-2023 03:23 PM
Husband dia ni duda ke?
Quote shernazz 12-12-2023 03:26 PM
Iols suka.baju gaun prngantin tu kena sangat dgn nab
Quote sweetfasha 12-12-2023 04:23 PM
nab ni cantik.. kecik moleh. budi pekerti pun elok
Quote Catpaw 12-12-2023 04:30 PM
Birahnya nak suruh orang puji² penuh kesopanan dan kesusilaan ker
Quote hzln 12-12-2023 05:43 PM
Sian nab.
Bila ngadu kat shuben, sedih sbb kena kutuk tang nyanyian
Shuben sheols suruh masuk kelas
Makna kata shuben sheols pun mengakui yg
sore sheols hauk, kena masuk kelas
Quote ctnorpropa 12-12-2023 07:49 PM
Belah suami dia dah bersanding belum ? Nak tengok Nabila ni pakai songket. Mesti lawa
Quote Anyaa29 12-12-2023 09:11 PM
Cantiknya nabila naik seri sungguh
Quote prince_marhaen 13-12-2023 10:31 AM
Hahahahahaha shuben pun suruh masuk kelas vokal...tiada kompromi ye..shuben tersayang pun tak suara sheols mesin tebuuu....

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.191750 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top