Meskipun keadaan kesihatan masih belum pulih sepenuhnya, DJ Lin, mengakui terpaksa ‘lari’ daripada hospital. Menurut pengendali segmen Suria Cinta di Suria FM itu, dia tidak boleh meninggalkan pejabat terlalu lama kerana banyak urusan kerja yang akan tertangguh.
“Kak Lin terpaksa lari dari wad juga, minta cuti dan pujuk doktor yang merawat sebab banyak kerja perlu diselesaikan lebih-lebih lagi menjelang hujung tahun. “Keadaan pun makin baik cuma masih belum pulih sepenuhnya,” katanya. Pengurus Besar Suria FM itu dimasukkan ke wad selepas menghidap bronkitis sinus lebih seminggu pertengahan bulan lalu.
|
ADVERTISEMENT