KUALA LUMPUR – Seorang bapa menemui anak perempuannya yang berusia enam tahun tidak sedarkan diri di dalam bilik sebuah flat Bandar Tun Razak, Cheras Sabtu lalu. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, Pegawai Perubatan Hospital Tunku Azizah (HTA) menerima kanak-kanak tempatan itu pada pukul 3.40 petang.
Katanya, kematian kanak-kanak perempuan itu disyaki akibat didera dan diabaikan oleh penjaga. “Mangsa disahkan meninggal dunia pada hari yang sama dan disyaki terdapat unsur penderaan serta pengabaian. “Hasil siasatan awal mendapati, lebih kurang pukul 11.30 pagi Sabtu, mangsa sedang tidur di dalam bilik sementara bapanya keluar membeli makanan. “Pada pukul 2.30 petang, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sebaik sahaja bapanya pulang ke rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini. Jelas beliau, mayat kanak-kanak malang itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat.
“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak. – CARI Sumber: Kosmo
|
aciksenah replied at 5-12-2023 11:31 AM
Tadi je baru tengok tt...ada yang viralkan meninggal time tidur. Pelik sangatkan. Kat situ ada bapak ...
TomyamPuteh replied at 5-12-2023 05:30 PM
Story tak habeh lagi ni. Meninggal sabtu,Isnin baru inform sekolah. Aku tau cita full sbb kwn baik a ...
TomyamPuteh replied at 5-12-2023 05:30 PM
Story tak habeh lagi ni. Meninggal sabtu,Isnin baru inform sekolah. Aku tau cita full sbb kwn baik a ...
ADVERTISEMENT