Kuala Lumpur: Kejam dan tidak berperikemanusiaan, ada individu sengaja membunuh 15 ekor anak kucing dengan cara melemaskan semua haiwan itu. Kejadian itu dikongsi Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) tadi, susulan tular gambar haiwan dibunuh itu di media sosial hingga mencetuskan pelbagai reaksi ramai.
Presiden Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia SAFM Kalaivanan Ravichandran berkata, pelakuan kejam terhadap anak kucing itu dipercayai dilakukan di Pasar Borong Jerantut, Pahang. Menurutnya, berdasarkan gambar dikongsikan, anak-anak kucing itu ditemui mati berselerakan di lantai dan rumput. "Jika benar semua kucing ini mati dibunuh, ia sesuatu yang amat menyedihkan. "SAFM menggesa saksi kejadian supaya membuat laporan kepada Jabatan Veterinar Malaysia (DVS) atau polis untuk tindakan sewajarnya diambil. "Pesalah jenayah kejam ini perlu disiasat sebelum lebih banyak haiwan atau manusia menjadi mangsa," katanya.
Beliau berkata, SAFM amat kesal dengan kekejaman dilakukan itu. "Walaupun mangsa kejadian ini hanyalah haiwan, namun makhluk ini berhak untuk hidup dan mempunyai keupayaan merasai sakit dan derita. "Rakyat perlu sedar bahawa semua haiwan di Malaysia adalah dilindungi dari kekejaman mengikut Seksyen 30, Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang membawa hukuman penjara 3 tahun atau denda maksimum RM100,000 atau kedua-duanya sekali ke atas pelaku," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Buritan: Aku ni gigih nolong kucing .da ...
Buritan replied at 1-12-2023 01:56 PM
Aku ni gigih nolong kucing .dah sihat mintak adopt sape pun tak mo.. malangnyaa nasib kucing kg.. wa ...
pokokmeranti replied at 1-12-2023 04:05 PM
I x suka bela kucing, tapi klu ada yg datang, I akan belikan makanan dan sediakan tempat tidur. tak ...
AbukRokok replied at 1-12-2023 03:19 PM
Normah manusie suke keh keindahe
Bencikang kejelikang
azimodin replied at 1-12-2023 02:49 PM
Biasa la.. semua nak adopt baka berjenis. Yg kampung2 tak nak. Tapi lepas adopt bila sakit campak p ...
Buritan replied at 1-12-2023 01:56 PM
Aku ni gigih nolong kucing .dah sihat mintak adopt sape pun tak mo.. malangnyaa nasib kucing kg.. wa ...
Kacangmanis replied at 2-12-2023 10:35 AM
Kadang manusia ni rasa dia ja yg berhak hidup di muka bumi ni. Makhluk lain semua sampah dan bangkai ...
ADVERTISEMENT