CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nur Nilam Kembali Taat, Lafaz Cerai Azlan Komeng Tak Sah

30-11-2023 06:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7002| Komen: 45

Azlan Komeng bersyukur apabila lafaz cerai yang dilakukan terhadap isteri iaitu Nur Nilam Ortiz tidak sah di sisi undang-undang syariah.

Azlan atau Muhammad Azlan Kamiran, 47, berkata dia tidak berniat semasa melafazkan penceraian tersebut memandangkan keadaan isterinya ketika itu tertekan kerana terlalu memikirkan mengenai kewujudan orang ketiga.



Foto: IG

"Alhamdulillah kami masih lagi suami isteri... perkara itu berlaku tanpa niat cuma ada salah faham terhadap perkataan. Saya tak lafazkan dengan ayat yang nyata.

"Saya pun memang tak berniat, saya kasihan lihat keadaan isteri saya ketika itu," katanya kepada mStar.

Menurut Azlan, individu yang disebut orang ketiga oleh Nur Nilam itu telah wujud lama sebelum dia berkahwin dengan isterinya.

Kata Azlan, dia percaya individu berkenaan mempunyai niat untuk menjatuhkan dirinya memandangkan dia tidak pernah menjalinkan hubungan dengan orang baharu selepas berkahwin.


"Ramai yang tidak tahu cerita sebenar... isu yang masih berlaku bukan kerana saya masih ada hubungan dengan orang lain tapi ia kisah lama yang datang semula.

"Mereka ada komplot mahu merosakkan rumah tangga saya tapi mereka tidak berdepan dengan saya dan serang orang rumah," katanya lagi.

Sementara itu, Nur Nilam pula berkata dia sudah bersedia untuk mengheret individu yang menganggu rumah tangga mereka ke mahkamah.

Nilam, 45, berkata dia dan suami sudah lama bersabar sehingga mendatangkan tekanan terhadap rumah tangga mereka.

"Saya masih menerima gangguan, video lucah masih ada gambar perbualan dan macam-macam. Saya sebenarnya telah ambil tindakan undang-undang hanya tunggu masa kumpul bukti dan heret ke mahkamah.

"Isu ini timbul sebab PP (pelacur peribadi) benda ini dah lama ganggu dalam dua tahun juga, dengan sihir dan sebagainya.

"Saya manusia biasa mana boleh tahan, malam semalam kami bergaduh besar dan abang (Azlan) terlafaz," ujarnya.

Sebelum ini, Nilam mengesahkan dia sudah bercerai dengan aktor berkenaan pada pagi Khamis.

Tidak menyatakan secara jelas mengenai perceraian mereka itu bagaimanapun memberitahu bakal hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Khamis bagi membuat pengesahan lafaz cerai.

Untuk rekod Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missHaidiD 30-11-2023 06:53 PM
Yawn
Quote missHaidiD 30-11-2023 06:54 PM
Lepas ni menceceh lg kisah zina laki ko. Netizen malaysia mmg dahagakan kisah2 cmni
Quote heythere123 30-11-2023 07:06 PM
sesuai sangat, laki bini sama sewel
Quote Dolmat 30-11-2023 07:18 PM
Laki REMPITS Bini tingtong!

Latok David Teo sila buat filem..


Quote beatgirlX 30-11-2023 07:32 PM
Ala.. Kasi je tunjuk siapa yg PP ko kabo tu.. Dia x malu share gmbar aib dia.. Nape nak cover?
Quote asma87 30-11-2023 07:37 PM
Aku lagi rela benang jah kat bodgos dari benang korang laki bini
Quote haktuihlerr 30-11-2023 07:48 PM
Semak nyeeee
Quote Alvida 30-11-2023 07:49 PM
bighah la tu pp
Quote sukacactus 30-11-2023 07:53 PM
Laaa…belum ke?
Igt dah abis episod, tutup panggung, xpayah hadap watak2 whoareyous ni lg dah
Quote doubleA 30-11-2023 08:20 PM
Astaga, dunia2. Lakibini kepam ni acah pelakon gred A dan netizen kisah sgt pasal korang ke? Lantak korang la nak melingkup camana pun who cares
Quote Skyline_84 30-11-2023 08:22 PM
Alvida replied at 30-11-2023 07:49 PM
bighah la tu pp

Quote Fairypopcone 30-11-2023 08:25 PM
Taik + taik
Quote andylollypop 30-11-2023 08:58 PM
perangai hape2 aje dia ni..retard..
Quote azimodin 30-11-2023 08:59 PM
Sampah. Kalau si jantan x buat onar dengan pelakor, xde la aib. Sendiri cari pasal. Yg perempuan pon kalau nak jadi murah, cari la yg berjenis sikit. Ni muka nan hado jugak yang dikejarkan. Nak kata popular, syenduuuu
Quote _kelly 30-11-2023 09:00 PM
sapo pulak ni
Quote belilies 30-11-2023 09:02 PM
Nilam ni lah contoh terkini bini/pompuan paling bodoh. Desperate nak kawen. Pekejadah nak berebut jantan hodoh taguna cam azlan komeng, nama pun bau hanceng. Kejis.
Quote Farnor 30-11-2023 09:08 PM
Gara2 terpalit dgn adk angkat c komeng tu terus jd popular konon kan nilam.. Lain kali selesaikam msalah rumh tangga scara berhemah.
Quote Carcosa 30-11-2023 10:04 PM
Muka jantan musibat yg mcm todak lumpur ni yg kau rebut2?
Quote annadonna 30-11-2023 10:13 PM
Tiba tiba... Karya takde award takde reputasi takde tiba tiba muncul kisah rumahtangga. Takde value utk difollow.

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.043956 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top