Syifa Melvin bersyukur usia perkahwinannya bersama pemain bola sepak tanah air, Safawi Rasid kini genap setahun. Di Instagram, Syifa turut berkongsi gambar keluarga kecilnya bersama anak sulung mereka, Saif Sulaiman.
“MashaAllah Tabarakallah, setahun sudah mengikat tali perkahwinan. Alhamdulillah, rasa macam baru je pening-pening susun meja RSVP. Pregnant January 23 bersalin September 23 , penuh tahun 2023 ni, Alhamdulillah,” tulisnya. Sementara itu, Syifa juga sempat memohon kepada orang ramai agar mendoakan keberkatan dan kebahagiaan buat keluarga mereka.
|
ADVERTISEMENT