Janna Nick terkesan dengan isu suami curang dan berkahwin dua kebelakangan ini. Namun, Janna memilih untuk tidak mengulas perkara tersebut kerana enggan masuk campur urusan rumah tangga orang lain.
“Tadi masa balik Famili Duo okay lah. Lepas tu, masa dalam perjalanan balik tu saya tengok kat TikTok ada berita yang buat saya emosi. Sebagai isteri, saya rasa emosi. “Tapi, after all it’s people’s life. Kita tak tahu apa yang berlaku. Saya taknak masuk campur dalam hal rumah tangga orang sebab kita tak tahu apa yang berlaku di sebaliknya.
“Saya raasa semua perempuan akan terasalah dengan situasi ni bila ada perempuan lain yang kena tipu dengan suami, semua orang akan terasa. Kalau sebelum kahwin tak kisah, tapi lepas kahwin macam memang terkesan,” katanya di TikTok. Biarpun terkesan, Janna sempat memberi amaran kepada Dini.
“Saya bagi tahu awak sekarang, andai kata suatu hari nanti awak dah tak ada perasaan dekat saya, awak tak suka saya dah, awak dah tak sayang saya dah, jangan curang belakang saya. Itu isu yang saya tak boleh terima. “Kalau benda tu berlaku kat awak jangan curang di belakang saya. Have some balls and come face me. Kalau berani curang, beranilah ada telur datang tunjuk dan mengaku,” tegasnya. Terdahulu, seorang pempengaruh Islamik, Alif Teega mendedahkan dirinya sudah pun berkahwin buat kali kedua sejak 18 November lalu dalam sebuah hantaran di Instagram. Pendedahan itu turut dikongsikan bersama isteri pertamanya, Aisyah Hijannah yang redha dengan takdirnya sekali gus mengundah rasa berang dalam kalangan warganet. -CARI Sumber: XTRA
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|