CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Berebut Gadis Nak Hantar Ayam Masak Merah, Ben Amir Tak Ada Masa Layan

27-11-2023 11:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2938| Komen: 29

Ben Amir mendedahkan dirinya dibanjiri dengan mesej langsung (DM) daripada peminat yang berminat ingin menghantar ayam masak merah kepadanya.

Sebelum ini, Ben  pernah memberitahu bahawa makanan kegemarannya ialah ayam masak merah menerusi program Studio Sembang kendalian Amelia Henderson di laman YouTube.



Foto: IG

Disebabkan itu ramai wanita yang sanggup memasak makanan kesukaannya itu demi memikat hati finalis Hero Remaja 2012 itu.

“Memang ramai hantar mesej di Instagram dan aplikasi X nak hantar ayam masak merah.

Tapi saya anggap ia hanyalah sekadar usikan dan gurauan, tiada apa yang serius pun,” katanya kepada BH.


Ben mengakui tidak mempunyai masa untuk berfikir soal cinta dan jodoh ekoran kesibukan kerja dan jadual yang padat.

“Setakat ini, belum jumpa, lagipun saya tengah sibuk penggambaran. Manalah ada masa nak cari jodoh,” ujarnya.

Akui sering diajukan soalan berkaitan kekasih hati, Ben enggan terburu-buru dan ingin menikmati kehidupan bujang sepuas-puasnya.



“Walaupun ramai rakan seangkatan sudah berkahwin, tapi saya tak mahu terburu-buru untuk ikut jejak mereka.

“Buat masa ini, saya masih seronok dengan kehidupan solo. Banyak lagi benda yang saya nak buat, antaranya mengembara.


“Sesetengah orang mungkin perlukan seseorang untuk teruskan hidup atau mahu rasa disayangi, tapi saya tak perlukannya untuk hiburkan hati,” katanya lagi.

Bertanya lanjut berkaitan kriteria calon isteri, pelakon telefilem Kek Batik Cheese Leleh itu mengidamkan wanita yang merendah diri, pandai menjaga batas, berpendidikan, memiliki sifat keibuan dan lemah lembut.-CARI

Sumber: XTRA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote insyi81 27-11-2023 01:06 PM
Siapa yg galokk nk hntar tu. Haha
Quote purplelilac 27-11-2023 01:22 PM
Kemain nak masak utk Ben Amir. Ben Amir je pun, apa jela yg korg kejau ahaha. Dah la muka cam mamak, kerja pun berlakon je
Quote I.K.A888990 27-11-2023 01:32 PM
amboi acik2 kemain eh..lain kali terus hantar depan rumah je senang haha
Quote ekselen 27-11-2023 01:44 PM
purplelilac replied at 27-11-2023 01:22 PM
Kemain nak masak utk Ben Amir. Ben Amir je pun, apa jela yg korg kejau ahaha. Dah la muka cam mamak, ...

nampak mcm muka mamak yp dah di groom kan dah xde mamaknya... tp muka,dia ni sejenis rupa sombong mcm sapa kau..? gituhh...tp x tau lah in real life adakah heols mcm tu jgk?
Quote Pujangga22 27-11-2023 01:46 PM
gedik manalh yg beria nak antr ayam masak merah tu or dorg ni just acah2 jer tapi si Ben ni yg perasan lebih.
Quote hokeypokey 27-11-2023 03:06 PM
dia ni straight ke tak??? sape awek dia??? cam sepi jer bab pompuan ni, dlu kena gosip ngan uqasha tapi katanya kawan jer
Quote prince_marhaen 27-11-2023 03:09 PM
kah kah kah... beriya nak impress mamat narsis ni...sah2 dia tak layan cikki2 macam korang tu hegeh2... ngan peminat pun dia kekwat..apa lagi nak layan DM busuk korang tu...hahahahahaha.. tengok caption IG & tweet pun dah tau dia just go to himself je...semuanya dia merentan tak ikut kehendak dia...
Quote telracs 27-11-2023 03:12 PM
Setakat dm je, semua pun boleh...

Pergilah hantar terus....
Quote sukanyanyi 27-11-2023 03:14 PM
baca tajuk, ingat heol sombong.. rupanya dia cuma anggap usikan, takde cakap pun malas nak layan..
Quote sukanyanyi 27-11-2023 03:16 PM
btw iols punya lauk fevret pon ayam masak merah. tapi tak buleh la dgn ben ni sbb iol pun tunggu org masakkan...
Quote imanamsyar 27-11-2023 03:39 PM
what the heck??? kekonon terpaling laris la tu..berlakon pun kayu..
Quote bambimo 27-11-2023 03:40 PM
Aku suka rambut dia masa cerita dia jd hero dgn basic..nampak menyerlah dan lain.kalo rambut pendek Rasa biasa muka dia
Quote cmf_PariS 27-11-2023 03:55 PM
dia ni sapa? aku jumpa pun who r us je kot ko ni. nk ayam merah bagai.. bodo punya artis
Quote purplelilac 27-11-2023 04:11 PM
ekselen replied at 27-11-2023 01:44 PM
nampak mcm muka mamak yp dah di groom kan dah xde mamaknya... tp muka,dia ni sejenis rupa sombong  ...

Benang sebelah ada org ckp jmp dia tgh shooting ok je, murah senyuman. Aura tak rileks dia kuat ye ahah
Quote virgocircus 27-11-2023 05:02 PM
Masak sndrilah Ben kalo dah xjumpa yg sedap. Hmmm
Quote ekselen 27-11-2023 05:13 PM
bambimo replied at 27-11-2023 03:40 PM
Aku suka rambut dia masa cerita dia jd hero dgn basic..nampak menyerlah dan lain.kalo rambut pendek  ...

Iols suka tgk dia berlakon ngan mimi lana drama chandelier...
Quote Pak.dolla 27-11-2023 06:09 PM
Edited by Pak.dolla at 27-11-2023 10:12 AM

.
.
.
tiap kali nmpk nim mesti terigt psl mainan bird²....
Quote edoraixora 27-11-2023 06:11 PM
bakpe la aku rasa mamat ni asik merempan je
ke sebab byk tred dia nk condemn org je keje
Quote DeLuna85 27-11-2023 06:59 PM
Tak rasa dia ni akan layan minah2 ig, X. Sejenis memilih. Dan seharusnya memilih.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.057063 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top