CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isteri Shuib Dah Senarai Nama Untuk Anak Pertama

27-11-2023 10:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2586| Komen: 17

Isteri Shuib, Watie Hanifiah menafikan dakwaan sedang hamil gara-gara memuat naik foto menutup bahagian perut seakan menyorok ‘baby bump’ dengan sejambak bunga, baru-baru ini.

“Saya belum hamil lagi, itu hanyalah perut buncit saya.


Foto: IG

“Sehingga hari ini, saya masih belum berbadan dua. Mana ada saya sorok ‘baby bump’. Yang saya sorok adalah perut saya, tapi orang nampak juga.

“Jadi, sorok baby itu tidak, sorok perut itu iya tetapi gagal. Jadi, saya masih belum hamil, belum ada rezeki lagi nampaknya. Doa-doakanlah,” jelasnya.

Memetik laporan Berita Harian, Watie atau nama sebenar Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah mengakui anak-anak tirinya mahukan adik.



“Kalau boleh anak-anak mahu kembar iaitu pasangan lelaki dan seorang perempuan. Namun, belum ada rezeki lagi,” katanya.

Malah, Watie tidak menafikan sudah mempunyai beberapa senarai nama buat zuriat pertama mereka kelak.

“Kami saja-saja letak apabila kami berborak. Kami mahu letak nama anak Bintang. Iaitu kalau anak lelaki Bintang Arjuna, kalau perempuan, Bintang Terindah,” kongsinya.



Sementara itu, dia dan suami sedar bahawa ramai pengikut yang mendoakan agar mereka dikurniakan zuriat.

“Terima kasih kerana doakan saya dapat cahaya mata dan kebahagiaan kami. Cuma fokus sekarang adalah pada anak-anak.

“Kami tidak akan sorok jika saya hamil. Bagi saya, apabila kongsi, kita akan dapat lebih banyak doa orang ramai,” ujarnya.



Untuk rekod, Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 23 Jun lalu.

Hasil perkahwinan bersama Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, Shuib dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan yang kini berusia dua tahun.



Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 27-11-2023 11:03 AM
  
Quote rosevelvet 27-11-2023 11:06 AM
Epf staff dh settle lum?
Quote prince_marhaen 27-11-2023 11:06 AM
gigih nama bintang bagai hujung2 macam taik bintang je nok
Quote menjad 27-11-2023 11:20 AM
Ehhhh kat tak nak anak sendiri. Dah lain pulak
Quote HoneyManjer 27-11-2023 11:22 AM
hurmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm gossip sesejuk salju
Quote kuchenta_81 27-11-2023 11:37 AM
Apa2 hal ko remind Shuib kasi settle hutang EPF staff tu. Ada beberapa bulan lagi EPF announce dividen, kesian dorang kalau caruman still tak bertambah.  
Quote missyL 27-11-2023 11:38 AM
Berangan sgt nama huwaaaaa
Quote rbmy 27-11-2023 11:39 AM
bintang kwsp dh settle

?
Quote Manusiabesa 27-11-2023 11:43 AM
Pelik aku rkyt mlysia xabis2 tgok org mengawan ke x. Org bunting ke x. Byk gila mkcik bwg dlm negara ni. Ada 1 komen kt ig watie. Mkcik puaka tu tegur, watie byk bebelanja sgt. Beli hndbag mahal2, pstu suka bg 1famili pakai sedondon..bazir duit.. sarah dulu xpkai henbag mahal dan sarah xsetting baju sama colour.pesan lak watie jgn bazir duit soeb.


Hahahahaaha. Babi muchh.

Aku sian kt mkcik tu sbnrya dia yg xtau..watie ada business sndiri..watie bkn restoran masakan panas ke laksa nth xingt.tp watie mmg diam2 je smua ni..saja dia nk tgok je sape yg hati hitam... org rilek2 je sbnrya kaya... bkn siang mlm xde keje dok tilik hal rumah tgga org... hihi mkcik..mkcik.. gilerrr
Quote dewi_rina 27-11-2023 04:06 PM
Choi nama anak Bintang, nama anak tiri sedap-sedap Uwais Ayash bagaiDapat kat dia Bintang
Quote tipah89 27-11-2023 04:22 PM
aku pelik nau mak pak yang kemain nak letak nama anak2 ikut angan sedap telinga masing2 je..tak kesian ke budak tu nnti kena ejek sbb nama pelik2???? mcm bodo gila ah letak nama ntah apa2.
Quote AWEKSAMURAI 27-11-2023 04:28 PM
prince_marhaen replied at 27-11-2023 11:06 AM
gigih nama bintang bagai hujung2 macam taik bintang je nok

Takut terdaftar BINATANG je nanti
Quote miss_strangers 27-11-2023 07:07 PM
macam2...semoga cepat hamil
Quote MsIda 27-11-2023 07:19 PM

Hahaha... betul tu... nak tahu jugak
Quote makneng 27-11-2023 07:19 PM
Kalo pompun letak nama Nur/Siti KWSP
jantan kalu letak Mohd/Al KWSP
nak ada bunyi2 omputeh tukar ke EPF
Quote jihyomelly 27-11-2023 08:14 PM
never ending story..tak abis2..kalau senyap x upload apa boleh masuk spital kot sbb jenis semua nak netizen tahu..tiap minggu memang sengaja create crita ke?
Quote asudau 28-11-2023 07:26 AM
kadang kala kena padankan nama tu dengan wajah-wajah jugak..
nanti kesian budak tu nanti dimasa depan...

nama kena sesuai jugak dengan wajah...kalau tak lahir lagi, kena tengok muka ibubapa..selayak tak anak nya nanti diberi nama yang tu..

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.043446 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top