Shila Amzah tidak melihat penyingkiran dia dan adiknya Syahir Amzah sebagai kifarah susulan persengketaan yang berlaku dengan keluarganya. "Kalau nak kata kifarah atau tidak, pada saya apa yang baik itu semuanya datang daripada Allah. Apa yang buruk itu daripada kita sendiri sebagai hamba-Nya.
"Saya tidak kisah netizen mahu cakap apa kerana mereka tidak berada ditempat kami. Kita kena tahu setiap keluarga itu berbeza. "Netizen perlu didik hati sendiri untuk lebih menghormati kerana kita tidak tahu sekiranya perkara (buruk) itu berbalik kepada diri kita. Kena jaga mulut daripada percakapan sembarangan," katanya kepada mStar. Syahir pula memberitahu keluarga mereka terutama ibu bapanya masih memberi sokongan terhadap penglibatan mereka dalam program Famili Duo musim ketiga (FD3) pada malam Ahad. Malah kata Syahir, dia juga menjadi orang tengah bagi menyampaikan mesej diterima daripada keuarga kepada Shila.
"Adik, mak dan ayah saya memang ada hubungi saya secara peribadi doakan yang terbaik sepanjang kami bertanding. "Jadi saya sampaikan sahaja doa mereka kepada Shila. Saya hanya melunaskan tugas sebagai adik," jelasnya.
|
dewi_rina replied at 27-11-2023 08:50 AM
choi yg berkerak laki bini tu yg disimpan..
beta_carotene replied at 27-11-2023 01:52 AM
laki bini tu pun xlepas ye..
beta_carotene replied at 27-11-2023 09:53 AM
anyway adakah ini kali pertama dlm hidup shila xmasuk final dalam mana2 pertandingan realiti tv?
to ...
wirazam replied at 27-11-2023 05:21 PM
Takdenya kifarah...adiknya tu bukan penyanyi Dan tak booleh pun jadi penyanyi..fullstop..patut ya Sh ...
ashilalat replied at 27-11-2023 01:03 PM
Rasanya ada je banyak kali shilalat kandas.
Salah satu yg aku ingat ialah program Mania kat Astro ...
ADVERTISEMENT