"Itu gambar kami hadir kursus perkahwinan di Masjid Wilayah Persekutuan, hari ini," kata pelakon, Atikah Suhaime sekali gus menafikan dia melangsungkan pernikahan dengan kekasihnya, Datuk Lokman Teh, hari ini.
Terdahulu, Atikah memuat naik gambar dia bersama jejaka itu di Instagram dengan keterangan gambar, 'Baby @lokmantea'. Persoalan timbul apabila ramai yang menyangka pelakon Singapura itu sudah melangsungkan pernikahan dengan Lokman. Atikah yang bertudung putih dan berbaju kurung biru muda berada di samping Lokman berlatar belakang masjid berkenaan turut menyertakan emoji hati pada hantaran itu. Atikah turut menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakan dan pengikut Instagram, namun tidak memberikan sebarang tindak balas terhadap mereka. "Terima kasih kepada semua pengikut dan rakan-rakan kerana mendoakan kami. Insya-Allah kami rancang untuk nikah pada Januari tahun depan," katanya ringkas kepada Harian Metro.
Menurut Atikah, mereka juga sudah melangsungkan pertunangan dua bulan lalu. Terdahulu, pada September 2020, pasangan ini bercuti bersama ke Langkawi. Foto dan video percutian mewah ini mendapat perhatian netizen sehingga rata-rata bertanya bila dia akan menamatkan zaman bujang. Atikah tidak mendiamkan diri, malah menjawab pertanyaan itu. "Nak kahwin, (tapi) wali semua di Singapura. Kena tunggu MCO (Perintah Kawalan Pergerakan) di Singapura tamat. Ke ada cara FaceTime?," jelasnya. Menerusi foto dan video percutian tersebut, Atikah bukan saja bersama kekasihnya, malah bersama rakan-rakannya yang lain. Atikah juga pernah memberitahu Harian Metro sebelum ini yang dia mungkin akan mengakhiri zaman solo dengan kekasihnya selepas pandemik Covid-19 berakhir. Selain itu, Atikah pernah mengikat tali pertunangan dengan penyanyi senegaranya, Awie Rafael sebelum hubungan itu putus pada 14 Mac 2019 iaitu tiga hari sebelum sepatutnya mereka diijabkabulkan. Sumber: Harian Metro |
Cleocatra replied at 27-11-2023 03:20 AM
Lokman Teh ni ex Tasnim sepupu si lopat. Bagus lokman dump si nim tu. Sapa pun seram dengan sskjp. D ...
aemon replied at 27-11-2023 02:05 AM
Atikah ni rajin lyn org kt tiktok zaiton.pandai la dia associate dgn customer bukan jenis sinis puny ...
sleepandream replied at 26-11-2023 04:33 PM
itu ke bakal laki sheols...
bengkak sana sini yachh
EncikRhoma: Lokman teh cameron highland ni kawan PU Jamal kan?
black_handbag replied at 27-11-2023 09:08 AM
kelas gitu sambar datuk. ni datuk kaya betul ke datuk mlm forex ye?
tobobon replied at 27-11-2023 02:02 AM
no wonder sheols slalu kluar kat tik tok sambil jual produk zaitun..rupanya sudah disambar jerung za ...
ADVERTISEMENT