Khabar angin mengenai kisah rumah tangga pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah dan suami Aliff Teega akhirnya terjawab selepas lelaki itu mengaku telah bernikah lain. Menerusi perkongsian di Instagram, Alif atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani mengumumkan perkara tersebut kepada umum bagi mengelak sebarang fitnah terhadap dirinya, isteri dan keluarga.
"Mungkin selama in ada yang terdengar atau memang tahu berita mengenai sava sudah bernikah. Baik Alhamdulillah berita tersebut adalah benar. Saya sudah pun bernikah. Saya harap tidak dipanjangkan lagi isu ni," katanya. Dalam kesempatan itu, Alif meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada isteri pertamanya, Aisyah kerana bersabar dan tabah menghadapi ujian sepanjang mereka bersama. Alif juga akui, Aisyah seorang isteri yang sempurna di matanya malah tiada sebarang kekurangan pun pada diri wanita itu.
"Aisyah tabah dan masih kuat berada di sisi menemani saya walaupun saya tahu perit bagi mana-mana wanita untuk menerima hakikat ini. "Doa saya agar Allah hanya kekalkan kami sehingga ke syurga Tapi percaturan Allah buat saya & Aisyah adalah berbeza. "Terima kasih atas doa daripada kalian semua buat saya dan Aisyah. Aisyah adalah wanita pilihan Allah yang subhanallah kuatnya luar biasa dan saya juga takjub dengan kekuatannya dalam hadapi setiap ujian yang datang. Saya tak rasa wanita lain sanggup berada di tempat dia," ujar Aliff. Alif berharap agar tiada mana-mana pihak membuat sebarang spekulasi tentang isu tersebut sebaliknya titipkan doa buat mereka sekeluarga. Sumber: Oh Bulan
|
matjerk replied at 26-11-2023 09:06 PM
Sapa pulak ni? Dok bertebaran kisah depa kat fb
matjerk replied at 26-11-2023 09:06 PM
Sapa pulak ni? Dok bertebaran kisah depa kat fb
rosevelvet replied at 26-11-2023 09:17 PM
Aiol susah nk berhusnudzon dgn pihak2 suka buat content ni. Dua2 aiol x suka. Segala mnde nk share ...
rosevelvet replied at 26-11-2023 09:17 PM
Aiol susah nk berhusnudzon dgn pihak2 suka buat content ni. Dua2 aiol x suka. Segala mnde nk share ...
Suchi replied at 26-11-2023 09:22 PM
Kat thread sebelah adik ecah kata alip pukul kakak dia.
Dasat juga yaaa
putericahaya999 replied at 26-11-2023 10:32 PM
Mana nak dibaca
ADVERTISEMENT