Bandung, Indonesia: Bayi berusia empat bulan ditemukan dalam keadaan bogel di sebuah kebun pisang yang terletak tidak jauh dari rumah keluarganya. Memetik laporan Bandung Kompas, mangsa bukan sahaja ditemui tidak berpakaian malah terdapat kesan luka pada kemaluan bayi malang itu. Difahamkan, mangsa telah menjadi mangsa kekerasan seksual seorang lelaki, pada Khamis lalu. Rupa-rupanya suspek nekad melakukan kekerasan seksual gara-gara kecewa kerana cintanya ditolak oleh ibu bayi berkenaan. "Mangsa hanya disedari tiada di tempat tidur semasa neneknya hendak melakukan solat Subuh. "Berdasarkan keterangan, suspek pada ketika itu berada dalam keadaan mabuk dan mengakui mempunyai perasaan pada ibu mangsa," kata pihak polis. Ketika disoal siasat, suspek mengakui telah menculik mangsa dari rumahnya kira-kira jam 3 pagi sebelum membawa bayi itu ke kebun pisang. Selepas itu, suspek mula melakukan kekerasan seksual dan meninggalkan mangsa di kebun terbabit. Susulan daripada perbuatan kejam itu, suspek berdepan hukuman penjara selama 15 tahun.
Sumber: Kosmo! Online |
Buritan replied at 25-11-2023 12:25 PM
Baby mati ke tidak...
ADVERTISEMENT