CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syada Amzah Akui Lebih Tenang, Beri Sokongan Pada Ibu Agar Emosi Tak Terganggu

22-11-2023 09:09 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 9605| Komen: 56

Penyanyi, Syada Amzah tetap tenang dan tabah mengharungi dugaan membabitkan isu keluarga yang menjadi sorotan netizen sebelum ini. 

Menerima kecaman hebat netizen, Syada atau Nursyuhada Amir Hamzah, 26, berkata dia perlu kuat kerana tidak mahu kemelut ini menjejaskan emosi ibunya.



"Sejujurnya saya lebih tenang sekarang ini dan fokus kepada hal lain seperti rumah, uruskan kucing dan sibuk promosi lagu baharu... perkara itu membuatkan saya tiada masa bersedih dan nak fikir masalah.

"Alhamdulilah semuanya baik dan ibu pun baik sahaja... cuma saya nak kena jaga ibu dan risau emosinya akan terganggu nanti dan saya la yang perlu berikan sokongan padanya,"katanya kepada mStar.

Ditanya mengenai usahanya untuk menjernihkan semula hubungan dengan kakak iaitu Shila Amzah, Syada berkata dia menyerahkan segala kepada Allah SWT.

"Keadaan sekarang tak panas tak sejuk... saya yakin satu hari nanti kami akan berjumpa juga dan percayalah kalau jumpa tak akan ada tarik rambut pun.


"Sebenarnya kami daripada dulu pun memang jarang berhubung kecuali perkara penting saja. Kami sekeluarga memang tak ada famili group (Whatsapp).

"Tapi ibu ada mesej kakak, mereka ada berhubung berbincang mengenai isu-isu tertentu,” ujarnya.


Konflik keluarga Shila Amzah terjadi apabila penyanyi itu bertindak menjual kediaman miliknya dihuni oleh ibu, Fauziah Sarman bersama tiga adik-beradik lain.

Selain Syada, seorang lagi adik Shila iaitu Syafiq mendakwa mereka dihalau dan tidak mengetahui perancangan penyanyi itu.

Dalam satu perkongsian di sesi siaran langsung laman sosial sebelum ini, Shila atau Nurshahila Amir Hamzah memberitahu rumah banglo berkenaan terlalu besar untuk diuruskan selain penuh dengan kucing.

Justeru Shila mengambil keputusan menjual kediaman berkenaan dan mahu mencari sebuah rumah baharu untuk ibunya itu.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 22-11-2023 09:12 PM
beri sokongan supaya sama2 membiawak gittuh bergantung duit pada kakak...

no wonder lah hakak2 gundu rhoper kurang lawa dari mak ko pun si charlie chaplin tu sanggup jadikan isteri muda...

Quote ira_sindarella 22-11-2023 09:16 PM
Pompuan ni play victim giler
Td tgk interview dia ngan mstar..
Katanya dia taknak sambung sambung panjangkan citer sbb tu diam. Lebih kurang begitu ayatnya.

Tp sebenarnya dia yg mulakan drama dengan post in public kt ig story. Kalau dari kecik apak ND Lala dah ajar pasal privacy, dan kalooo ko paham mesti tak jadi begitu. Simply post mengundang kencaman yg boleh effect kareer akak ko dan ko yg baru nak bertapak.

Krisis dgn kakak, darah daging yg berbelas tahun sebelum ni sara hidup ko sekeluarga. Tp punyalah Bahasa sombong. Mcm gaduh ngan orang takde pertalian.
Quote I.K.A888990 22-11-2023 09:18 PM
dia pulak yg tenang kan
padahal dia la yg pembuka fitnah utk org kutuk kakak dia..tiber terpaling tenang
Quote kepompong 22-11-2023 09:22 PM
tkde org kenal dia until dia membawang pasal xila kat ig..
Quote Manusiabesa 22-11-2023 09:24 PM
Poyo. Acah2 duit bekoyan dlm acc. Tp abg snirik pinjam duit merata kau xbgi pulak kt abg kau? Penat tau abg kau dduk dlm team kau. Bole ek kau biar abg kau gitu.
Quote becir 22-11-2023 09:32 PM
Syada bila menangis muka hodoh sebabkan mulut dia terbukak luas, tak tau nak cakap camne. I hope she reads this
Quote tahanie 22-11-2023 10:16 PM
Baru merasa jadi dewasa kan. Elok hidup free kau memekak. Padan muka
Quote shida81 22-11-2023 10:29 PM
Lagu ape dia ni.. Mcm syok sendiri je
Umur 26 tp duk umah kk lagi.. Apoo
Quote hasniey 22-11-2023 11:07 PM
Mesti akk dia double triple tenang.kurang 3-4 beban yg dia kena tanggung.
Agak2 sapa byr sewa rumah diorg skrg?cadar ke?abg nya aritu nk pinjam sana sini kan
Cadar ni prnah keluar lagu pon ke?sbb ayat dia promot lagu baru.
Quote pearl.silver 22-11-2023 11:32 PM
hasniey replied at 22-11-2023 11:07 PM
Mesti akk dia double triple tenang.kurang 3-4 beban yg dia kena tanggung.
Agak2 sapa byr sewa rumah  ...

I dgr kt radio td
Release 1st single
Lagu tu shila yg tulis 10 tahun dulu katanya tp xsiap
Jd dia yg siapkn lg separuh
Pehtu dj pun tanya gak soalan pasal bila nk berbaik dgn kakak
Jwpn dia sama mcm dlm artikel ni
Jd skang mmg dia guna kes gaduh tu utk publisiti dia la
Sama je soklan yg ditanya
Quote fatimahmarkonah 23-11-2023 12:06 AM
Bkn lagu dia ni da kua few month ago ke. Mmg bru nk promo ke guane. Bkn slalu lagu bru kua tros promo eh. Ni btul soalan sbb xtaw bkn menganjing ke hapa.
Quote doubleA 23-11-2023 02:49 AM
Ko la terpaling memekak dan pencetus semua masalah now ko pulak acah tenang? Tak habis mak mak sebab tu je modal ko nak tunjuk kakak ko durhaka
Quote Burong_Hantuk 23-11-2023 08:36 AM
anak & mak sama jer buruk perangai
Quote misz_sanggul 23-11-2023 08:40 AM
korng ni mak ade wasap hal2 tertentu nth2 xila jgk yg byr sewa umh tu..mn dtg smua duit
Quote missyL 23-11-2023 09:04 AM
Sbb ko la sada oi jadi gini hahaha
Tp bagos jgk
Elok korang berambus hahahaha
Quote oggy 23-11-2023 09:10 AM
misz_sanggul replied at 23-11-2023 08:40 AM
korng ni mak ade wasap hal2 tertentu nth2 xila jgk yg byr sewa umh tu..mn dtg smua duit

Baru nak mention. Sebab tu taknak panjang cerita. Kang  kena bayar sendiri pulak.
Quote freyayong 23-11-2023 09:10 AM
pelik  ye family takde group whatsapp. iols utk family ada 2-3 group kot. 1 adik beradik je. 1 adik beradik dgn parents. 1 adik beradik dgn ipar duai semua. hahhaa
Quote Suci_Murni 23-11-2023 09:14 AM
freyayong replied at 23-11-2023 09:10 AM
pelik  ye family takde group whatsapp. iols utk family ada 2-3 group kot. 1 adik beradik je. 1 adik  ...

Mesti la ada group wsap tu.. tapi mesti ada yg ledt group @ kene remove... x kan. X bese tgk dlm group wsap
Quote KamikuP 23-11-2023 09:15 AM
Sapa je laki yg nak ambik ko buat bini oiii mcm gini punya perangai.Bakal mak mertua pun cabut lari.. ekekekeek

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.048239 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top