Berita yang kononnya pelakon Mawar Rashid bakal bercerai dengan suaminya, Raf Yaakob mengejutkan ramai pihak apatah lagi pasangan itu kelihatan bahagia. Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 28, ketika dihubungi mStar bagaimanapun hanya mendiamkan diri selepas diajukan soalan berkenaan dan mematikan panggilan telefon.
Sebelum itu, media melaporkan Mawar dan suami iaitu Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf Yaakob, 38, sepatutnya hadir ke mahkamah syariah pada Rabu. "Sepatutnya mereka ke mahkamah hari ini, tapi tak pasti pula kenapa tak jadi. Mungkin berbaik semula. Kita doakan saja yang baik-baik buat mereka," kata sumber berkenaan. Sementara itu, abang ipar Mawar iaitu penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob enggan mengulas berkenaan dakwaan tersebut. Fazley atau nama sebenarnya, Ahmad Fadzli Yaakob, 45, meminta orang ramai memberikan ruang kepada pasangan tersebut.
"Saya mohon maaf, saya enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan terbabit. Saya mahu memberikan ruang kepada Raf dan isteri. "Apa yang boleh saya cakap, saya mohon semua pihak mendoakan yang baik-baik untuk Raf dan Mawar. Saya pasti mereka akan memberi penjelasan mengenai dakwaan ini," jawabnya ringkas. Kontroversi mendakwa Mawar dan Raf bakal bercerai tercetus apabila pelakon itu mengambil keputusan untuk membuka tudung. Hasil semakan, Mawar juga dikatakan tidak lagi mengikuti Raf di Instagram baru-baru ini. Untuk rekod, Mawar dan Raf disatukan sebagai suami isteri di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada tahun 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta kini berusia dua tahun dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan. Sumber: mStar
|
Mademoisellee replied at 22-11-2023 09:12 PM
5 tahun pertama perkahwinan mmg akan diuji. Lagi2 bila dah beranak pinak. Mana nak handle anak, nak ...
de_ikea replied at 22-11-2023 10:04 PM
Muda lagi nak juga enjoi. Anak rapat2. Anak tiri lagi. Penat tu. Anje pun burn out
becir replied at 22-11-2023 09:34 PM
Nama anak berangan gila
Manusiabesa replied at 22-11-2023 08:51 PM
Why aku nmpk fazley over. Over mcm fazelz#ahari. Jenis kepoci apa yg bkn urusan dia. I mean chep ni ...
ADVERTISEMENT