Norlia Ghani, 76 terkejut bila dapat tahu masalah rumah tangga Rusdi dan Sharon dari akaun TikTok. "Rusdi tidak pernah berkongsi hal rumah tangganya dengan saya dari dulu," katanya kepada Harian Metro.
Rusdi Ramli dan komposer Sharon Paul didakwa sudah tidak sehaluan sejak beberapa tahun lalu. "Rusdi memang jenis yang tidak suka kongsi hal rumah tangganya dan dia lebih suka selesaikan semuanya sendiri kerana dia tidak mahu saya berasa risau. "Cuma Sharon yang pernah mengadu dengan saya, Rusdi sudah lama tiada 'job' sebelum ini dan saya tahu ia berkaitan dengan masalah wang ringgit dan perbelanjaan dalam rumah tangga." Mengulas rumah tangga Rusdi lagi, kata Norlia, dia berharap mereka dapat mencari penyelesaian terbaik untuk menyelamatkan rumah tangga demi masa depan anak-anak.
"Dalam rumah tangga memang tidak lari dari masalah dan terpulang kepada kita untuk mengaturnya. "Semua ibu pastinya mengharapkan rumah tangga anak dan menantu berkekalan. "Namun, kita kena reda jika jodoh mereka sampai setakat itu sahaja," katanya. Pada masa sama, kata Norlia, dia sangat berharap Rusdi dan Sharon akan memikirkan semasak-masaknya sebelum mengambil keputusan untuk bercerai. "Saya pernah melalui keruntuhan rumah tangga dan anak-anak yang menjadi mangsa serta perlu putuskan untuk tinggal dengan emak atau bapa? "Justeru, sebelum mereka nak buat sebarang keputusan itu fikirlah keutamaan anak-anak dulu dan letak mereka nombor satu dan selepas itu baru fikir perkara lain," katanya. Terdahulu, Sharon mendedahkan rumah tangganya dengan Rusdi sudah tidak sehaluan sejak beberapa tahun lalu dan percaya perceraian adalah jalan terbaik. Menurut Sharon, sekiranya Rusdi memberikan lampu hijau, dia bersedia untuk melalui kehidupan solo kerana tidak sanggup untuk menanggung masalah itu. Rusdi, 53, dan Sharon, 46, berkahwin pada 2008 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata Reo Ridza, 14, dan Ryan Ridza, 11. Sebelum itu, Rusdi pernah mendirikan rumah tangga dan memiliki anak lelaki, Efiezal Ridza, 33. -CARI Sumber: Harian Metro
|
likilu replied at 22-11-2023 04:50 PM
Kembali lagi kita dalam episode mertua siapa toksik hari ini
"Fikir anak anak, utamakan anak anak. ...
supernaturalee replied at 22-11-2023 05:21 PM
ank sulung umur 33?
die umur 53?
jihyomelly replied at 22-11-2023 05:27 PM
betul dia kawin awal..makcik iols geng2 aminuddin baki skali dgn rushdi..tapi dia ok je kenal kawa ...
mizruncing replied at 22-11-2023 05:32 PM
artis2 ni knp la mengharapkan job berlakon je sampai ke tua.. takde ke usaha nk cari income lain
mizruncing replied at 22-11-2023 05:32 PM
artis2 ni knp la mengharapkan job berlakon je sampai ke tua.. takde ke usaha nk cari income lain
Buritan replied at 22-11-2023 05:40 PM
Kerja aje laa ape pun . Jnji ade duittt . Jnji dpt jumpa anak anak.. jnji anak anak dpt tgk bapaa. ...
ADVERTISEMENT