CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hati Dah Makin Koyak, Idzham Ismail Nak Berhenti Berlakon Kalau Pegang Watak Hero Pun Orang Tak Pandang

22-11-2023 03:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7696| Komen: 77

Idzham Ismail sanggup mempertaruhkan kerjaya seninya jika watak utama dalam drama terbaharu lakonannya gagal mendapat sambutan penonton.

Dia berani menyatakan hasrat tersebut selepas dia melakukan tinjauan di laman sosial yang menunjukkan ramai bersetuju untuk dia terus diberi peranan membawa watak hero.


Foto: IG

"Pernah di beritahu saya tiada permintaan untuk menjadi watak utama dalam drama. Saya buat tinjauan dan 100 peratus setuju saya pegang watak utama.

"Siapa berani pertaruhkan? Last berlakon jika tidak meletop!" katanya menerusi laman X.



Bersama status berkenaan, dia turut memuat naik beberapa tangkap layar komen peminat yang mahu dia tampil sebagai watak utama dalam drama.

Sebelum itu, Idzham menerusi perkongsian di Instagram mengakui perkembangan seninya sedikit perlahan dan dia masih berusaha mencipta nama dalam industri seni.



"Saya akan kembali. Ada yang nak tengok saya bawakan watak utama? 12 tahun penantian untuk naik taraf. Ya, agak perlahan saya naik.

"Apa yang penting semua watak yang saya bawa memberi kesan kepada penonton untuk ingat. InsyaAllah selepas ini akan buat lebih baik," ujarnya.



Sementara itu, dalam satu hantaran berbeza pula aktor ini turut meluahkan rasa kecewa terhadap pencapaiannya dalam kerjaya seni.

Idzham bagaimanapun menegaskan luahannya itu bukanlah bermaksud dia merajuk dengan sambutan yang diberikan penonton.

"Tiba-tiba hati ini jadi tidak kuat apabila apa yang nak dicapai masih terkapai-kapai. Sedih itu besar, orang tak nampak kerana kuatnya sabar sebelum ini.




"Nama susah lepas sebab bukan kaki kipas. Tanda aras bukannya pada bakat tapi kabel kena kuat. Hati ini sudah semakin koyak.

"Adakah ini pengakhirannya? Bukankah jalan ini sepatutnya jadi pilihan? Jika bukan, hilangkanlah nama aku di persada seni," luahnya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote margo20 22-11-2023 08:02 PM
Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
Quote putericahaya999 22-11-2023 08:14 PM
Belakon je lah kalau itu je bakat yg ada
Liza abdullah tu xda nya jadi heroin tp tetap laku manjang
Quote azimodin 22-11-2023 08:39 PM
putericahaya999 replied at 22-11-2023 08:14 PM
Belakon je lah kalau itu je bakat yg ada
Liza abdullah tu xda nya jadi heroin tp tetap laku manjang

Walaupon seingat iouls acik liza burung hantu sekali dua je jadi heroin (yang iouls ingat citer marah2 syang yg ada 3 couple tu) tapi sheouls selalu dapat watak utama & agak hot la masa zaman muda. Meouls suka tengok liza abdullah & shah reza.
Quote Kerusijati 22-11-2023 08:44 PM
Berlakon ni bukan mcm keje ofis..ko bagus.markah kpi tinggi ..ko naik pangkat..
Dah mmg org tgk muka..hensem ke idak..pandai market diri ke tak..
Quote slyfynx 22-11-2023 08:45 PM
So, kalau x laku kene salahkan orang lain eh?
Kalau kedai makan x laku salah customer sbb x singgah?
Kalau insurance x laku salahkan ramai customer sbb dah mati?
Quote AWEKSAMURAI 22-11-2023 08:47 PM
Aduiyai bang oit muka dh x bleh pegi takkan nk paksa pengarah amik jd hero sapa nk tgok dgn mata panda bulat itam x ckup tido ... Ke resdung pun xtau ..

Dpt watak apa pun berlakon je lah bang org len tu extra pun x dpt tau ..kdg bape patah je skrip kena baca .. ramai je dlu pemes dgn berlakon extra ..tgok komeng walau pun x terkenal kemain bini dia mendonia .. cucuk sana sini
Quote babynina30 23-11-2023 12:14 AM
Bini stewardess lg takk ?
Quote kaedahnya 23-11-2023 12:17 AM
baikla job tu sentiasa ada walaupun bukan watak utama dekk
Quote ujio 23-11-2023 12:19 AM
Klu dah takde ghuper hero nak buat mcmna...
Quote ujio 23-11-2023 12:23 AM
babynina30 replied at 22-11-2023 04:14 PM
Bini stewardess lg takk ?

Dah berhenti..meniaga satay katanya skrg...
Quote kerani_je 23-11-2023 12:44 AM
babynina30 replied at 23-11-2023 12:14 AM
Bini stewardess lg takk ?

X dah..resign lepas pkp lagi..Die laki bini skrg niaga sate tepi jalan..Si idzham ni berlakon ok tapi x abis2 merentan dari dulu lg x dpt watak hero la,  asyik antagonis la..pastu dah dpt watak baik skrg second hero atau kawan hero pun merentan lagi demand nk watak hero plak..nk bt mcm mne rupa ko x menepati piawaian acik2 bwang..Depa nk hero yg jambu2,  putih n muda mudi..
Quote belacan_gurl 23-11-2023 02:08 AM
Ko x hensem...senang cerita...kepala kecik.. telinga capang..badan besar..kbai
Quote dudaberhias 23-11-2023 02:16 AM
dah rhoperr pun macam tom n jerry mana naknyaaa jadi hero nyahhh...

telinga macam piring satelit astro... silap2 boleh dengar acik2 jiran mengumpat dari 1 kilometer...

sekarang hero n heroin semua acik2 nak yang herlok2 jah...

even hollywood tu pun rhoperr yang di katakan buruk tu pun rhoper herlok2 dan sedap mata memandang...

ni rhoper macam gini jadi hero baik kalih ke channel animal planet jah ... lagi berair nengok singa jantan mengejar singa betina...

Quote doubleA 23-11-2023 02:30 AM
Tapi pada iols mk gg mentos tu pun tak hensem tapi tetap jadi hero, kualiti rupa hero heroin zaman skg berubah. Muka marhaen mata tertarik ke atas pun jadi hero/heroin drama. Tak la expect rupa sopia jane tu tapi ala sopia barakbah pun jadi la
Quote bbalik 23-11-2023 08:19 AM
muka basic
jd penyamun paling layak
Quote meah_kelabu 23-11-2023 08:21 AM
mendeee la asek merentan mamat ni
ko amek contoh bell ngasri
pernah dia jd hero? tapi job ade je xpernah putus kan
bersyukur seadanya laaa
Quote deebiz14 23-11-2023 08:40 AM
Harus la kite sedar diri .....
Quote sphinx 23-11-2023 08:54 AM
over confident... yg kekonon buat tinjauan kata nk dia jadi hero tue ntah2 survey 10 org je kot...tu pun sedara mara yg jawab.. mmg ler diaorg pilih nk tgk jadi hero jawab lain kang takut kecik hati pulak

nk success dlm industri nie kena tgk market juga and sedar diri tue kat market yg mana.. dambaan acik2 gomen b40 ke, tai2 t20 ke.. dak2 bbnu ke

amirul effendi tue pun relax je.. xde nk merempan nk jadi hero walaupun rasanya ada je yg dia jadi lead.. kena pandai pilih naskah

kalau dh rupa tak seberapa takyah la berangan nak jadi rebutan anak CEO mahupun acik gomen
Quote mylmor 23-11-2023 09:03 AM
Comment2 dalam ni semua menusuk kalbu. ????????????????Kalau iols jd heols, baca komen2 dlm ni…mmg berenti terus dr berlakon…. Insaf terus….

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.051760 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top