Ada individu tidak bertanggungjawab menggunakan nama isteri di media sosial dan menyebarkan berita tidak benar kononnya mereka kini sudah memiliki seorang anak angkat. Kata Izzue tindakan tersebut boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan peminat termasuklah ahli keluarga mereka sendiri.
Malah, dia bimbang jika berita tidak benar itu menyebabkan mereka dianggap sebagai penipu kerana bayi yang dilihat dalam video itu tiada bersama mereka. "Apabila ada akaun palsu sebegini ramai yang keliru. Tambah pula perkongsian tersebut mendapat banyak komen dan like. Mungkin ada yang anggap ia cerita betul. "Ramai yang sudah mula buat spekulasi. Ada juga yang sudah mengucapkan tahniah kepada kami. Memang ia satu berita baik, tetapi tak elok kalau dilakukan begini. "Kalau betul kami ada anak angkat, mana bayi itu sekarang? Jadi saya tak mahu orang anggap kami penipu apabila tidak melihat bayi tersebut ada bersama," katanya kepada mStar.
Pengacara program Famii Duo musim ketiga ini mengulas mengenai kewujudan satu akaun di aplikasi TikTok menggunakan nama Awin Nurin dan semua perkongsian di akaun tersebut memaparkan gambar mereka berdua. Bercakap mengenai dakwaan sudah memiliki anak angkat itu, Izzue menjelaskan bayi lelaki tersebut adalah anak saudaranya dan video berkenaan juga merupakan rakaman sekitar empat tahun lalu.
|
dudaberhias replied at 22-11-2023 02:14 PM
fans sejenis delusional la tu yang buat video gitu... tinggal nak photoshop gambar diri sendiri je l ...
cruz2 replied at 22-11-2023 01:37 PM
Biasanya bila dh lama berumahtangga dan blm ada rezeki cahaya mata sendiri pasangan akan amik anak a ...
cruz2 replied at 22-11-2023 01:37 PM
Biasanya bila dh lama berumahtangga dan blm ada rezeki cahaya mata sendiri pasangan akan amik anak a ...
MatDeghem replied at 22-11-2023 05:31 PM
Issue di bukan pasal anak angkat tapi lebih pada fake account di buat oleh kipas karat sewel.
stingergrumpy replied at 23-11-2023 07:45 AM
Ko ghaser nyanmanyambek patut sarankhen pada mommydadanyer utk ambik anak angkat since theyols ter ...
MatDeghem replied at 23-11-2023 08:13 AM
Aiikkkk...terasa ke dgn perkataan sewel?
Terus keluay bisikan halus neelofa.
stingergrumpy replied at 23-11-2023 08:43 AM
Mengelak nampak?
Kahkahkahkahkah
ADVERTISEMENT