CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ratusan Kereta Sapu Curi Penumpang, Pemandu Teksi Menderita Susah Cari Makan

22-11-2023 11:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4375| Komen: 27

CHANGLUN –  Kereta sapu semakin berleluasa di sekitar daerah Kubang Pasu membuatkan pendapatan pemandu teksi di sini terjejas.

Merkea merayu agak pihak berkuasa mengambil tindakan kerana terdapat ratusan kereta sapu sering berlegar-legar ‘mencuri’ penumpang mereka di kawasan tersebut termasuk di Stesen Bas dan Teksi Changlun sejak tahun lepas.


Mohd. Noor Majid, 66, berkata, selepas pemandu e-hailing, kini kereta sapu pula yang mengambil penumpang dalam kalangan pelajar universiti.


Foto: Kosmo

“Kami hilang hampir 90 peratus pelanggan kerana ulat-ulat ini. Susah untuk kami cari makan kalau keadaan ini berterusan,” katanya di sini semalam.

Rakannya, Ismail Abdul, 66, berkata, ada dalam kalangan mereka terpaksa membuat kerja tambahan seperti mengambil upah memotong rumput atau menoreh getah demi kelangsu­ngan hidup.

“Sekarang nak dapat RM50 pun susah. Hari ini saya cuma dapat satu trip sahaja sebanyak RM25, sakit kami macam ini ­kerana terpaksa ikat perut.



“Sudah lama tak makan kedai kerana nak jimat. Selalunya, kami berkongsi beli bahan masak sendiri di sini, goreng ikan temenung dan sayur sikit makan ramai-ramai itu saja yang kami mampu,” keluhnya.

Menurut Setiausaha Persa­tuan Pemandu Kereta Sewa Luar Bandar Bukit Kayu Hitam, Mohd. Nazril Ibrahim, pemandu teksi kini berada dalam keadaan tertekan kerana pelbagai masalah berbangkit, namun terpaksa meneruskan kerja itu demi menyara keluarga masing-masing.

“Kebanyakan pemandu teksi, kereta sewa sudah berusia dan sukar beralih kepada e-hailing.

“Dahulu kami ada 120 ahli tetapi kini tinggal 60 sahaja. Persatuan di tempat lain sudah bungkus kerana masalah seperti ini, harap pihak berkaitan cakna dengan masalah kami,” tambahnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 22-11-2023 11:04 AM
dah pakcik caj mahal sgt... maaf cakap
Quote zarulnazmi 22-11-2023 11:27 AM
Edited by zarulnazmi at 26-11-2023 07:46 AM

masa saya belajar universiti dulu pun lagi senang naik kereta sapu. lagi murah. naik teksi sepatutnya caj ikut meter tapi langsung tak guna meter. lepas tu kalau saya cuma gerak seorang takde yang nak ambil, teksi lagi suka ambil satu kumpulan pergi satu destinasi tapi siut punya perangai caj penghantaran bukan bahagi bilangan penumpang tapi darab bilangan penumpang.
Quote prettyuglybabe 22-11-2023 11:30 AM
dah perangai masing-masing macam apa..
ada meter tak nak guna..
charge ikut suka hati..
selayaknya la orang tak hingin naik teksi..
Quote asamfish 22-11-2023 11:38 AM
rasainnnnnn...time dulu nkau mendabik dada charge berganda2...nkau tak ingat pasal customers....
Quote mamajawie 22-11-2023 11:52 AM
adan uke..
Quote adizero11 22-11-2023 11:59 AM
Kereta sapu ni kereta menyediakan perkhidmatan e hailing ke?
Quote Antifake 22-11-2023 12:56 PM
adizero11: Kereta sapu ni kereta menyedia ...
persendirian ni. Masuk kampus jalan2 amik passenger
Quote Antifake 22-11-2023 12:58 PM
Dulu selalu berlagak siap caj lebih tak ada timbangrasa pon. Kalau jam pulak x nak amik. Dioranglah raja. Bukan nak kata tapi 80% mmg cab driver buat perangai macam tu
Quote mdhelmi 22-11-2023 02:08 PM
ape lagi
teksi tu kasi convert la jadi kereta sapu
Quote I.K.A888990 22-11-2023 04:09 PM
kalau caj harga yahudi mcm mana la org tak lari
Quote _blackbird 22-11-2023 04:13 PM
Edited by _blackbird at 22-11-2023 04:15 PM

salah komen
Quote laqoyah 23-11-2023 11:57 AM
PN best...
Quote KamikuP 23-11-2023 04:27 PM
Kalau eksiden insuran macam mana ye? Cover tak penumpang kalau naik kereta persendirian/teksi sapu ni?
Quote meya 23-11-2023 04:57 PM
Diorang ni tak patut dikesiankan.  Caj harga Yahudi.  Bila kita amik Grab marah maki kita habis tu dekat RM15 kot beza.  
Quote meya 23-11-2023 04:58 PM
Nak minta bantuan jenis apa pulak lagi ni?  Tak perlu dah teksi sekarang ni…Grab ada.  Jauh lagi selesa dan harga berpatutan.  
Quote shernazz 23-11-2023 05:00 PM
Teringat dulu masa takde grab..
Masa tu iols balik Malam..nak Naik bas ke Taman iols..
Bas lambat sangat..pastu iols Tanya pakcik teksi berkumpul di Stesen bas...depa caj mahai gila..pastu gelak kat iols sebab iols cakap Mahal...
Iols dia dalam Hati Moga melingkup lah dikau semua..
Now dah melingkup..iols rasa happy sangat...
Mana lah pakcik gelakkan iols sebab Saja caj Mahal tak mau htr iols tu...
Puas hati sungguh
Quote shy79 23-11-2023 06:00 PM
giler mahal ko caj..
syukur sgt ada ehailing la kereta sapu la..
tak la membazir duit kt tambang je..
iols pernah rasa dulu2 masa dok kt changlun ni, terpaksa naik teksi sbb xdak transport masa tu
abis duit kt tambang teksi je
Quote isseliparjepun 23-11-2023 08:48 PM
zarulnazmi replied at 22-11-2023 11:27 AM
masa saya belajar universiti dulu pun lagi senang naik kereta sapu. lagi murah. naik teksi sepatutny ...

Setuju setuju setuju. Ada pemandu teksi yang amanah dalam tugas tapi amat sikit bilangannya.
Quote hasniey 23-11-2023 08:55 PM
Kenapa x dftr under grab je pakcik.kalau teksi biasa xde customer,ada job dgn grab.bukan apa.teksi ni mmg trkenal dgn cekik darah.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.052608 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top