Penduduk di Kabupaten Manggarai Barat, Indonesia baru-baru ini dikejutkan dengan video viral seekor anak babi yang memiliki wajah mirip manusia. Babi itu juga berbeza dengan babi lain kerana memiliki tubuh seperti seorang bayi dengan warna kulit putih mulus.
Menurut Ketua Kampung, Titus Tarting, anak babi itu dikatakan anak ketujuh daripada seekor babi betina yang baru sahaja melahirkan. “Babi ini milik seorang penduduk bernama Saverunus Sihardi Magung yang merupakan seorang petani. “Bentuk tubuhnya seperti anak babi dengan empat kaki, tetapi wajahnya sangat mirip dengan manusia, terutama pada bahagian kepala. "Kulitnya juga mirip dengan kulit manusia, berbeza dengan anak babi lainnya. Anak babi ini yang ketujuh dari 10 anak babi yang baru lahir,” jelas Titus kepada Kompas. Titus menambahkan, anak babi yang mirip wajah manusia itu kemudian dipisahkan daripada ibunya. Namun, anak babi itu hanya bertahan hidup selama 5 minit sahaja.
Selepas anak bati itu mati, pemiliknya melakukan ritual pengkebumian mengikut adat Manggarai. Pegawai Vaterinar Otoritas Veteriner di Dinas Peternakan dan Kesehatan Hewan Kabupaten Manggarai Barat, Yanuarius Saridin, menjelaskan, faktor utama anak babi itu dilahirkan wajah mirip manusia adalah kerana ada kelainan genetik pada ibunya. -CARI Sumber: Kompas
|
ADVERTISEMENT