Vokalis Saujana, Dr. Khairul Idzwan Baharin mendedahkan pernah digelar macam-macam hanya disebabkan wajahnya ditumbuhi jerawat sewaktu usianya belasan tahun lagi. Katanya, sejak zaman sekolah, orang sekeliling pernah melabelkan raut wajahnya seperti kulit durian disebabkan jerawat yang banyak timbul.
“Saya pernah dihina, digelak dan dibanding-bandingkan raut wajah tidak selari seperti dalam gambar. Masa itu pula saya aktif dengan Saujana. Dengan raut wajah seperti itu, membuatkan saya hilang keyakinan diri. “Jadi, saya ‘balas dendam’ dengan menyambung pengajian dalam bidang perubatan sebab hendak rawat muka sendiri,” katanya yang menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) di International Medical University (IMU), Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Beliau yang kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Cell Tissue Technology Sdn. Bhd. berkata, jika individu berdepan masalah kecantikan sehingga menyebabkan mereka berasa rendah diri, sewajarnya mereka mendapatkan rawatan.
“Pencegahan awal adalah lebih baik daripada merawat kulit muka yang sudah rosak. “Kita juga dibebani kesalahan sekiranya membiarkan seseorang lelaki hilang keyakinan diri disebabkan kulit wajah yang kusam, muka berjerawat dan tidak bermaya. “Jadi, mereka perlu mencari solusi dan tidak salah mengunjungi mana-mana spa untuk meremajakan kulit serta rawatan lain,” katanya kepada Utusan Malaysia. -CARI Sumber: Utusan
|
Ayda89 replied at 21-11-2023 08:31 PM
Tapi kulit dia sendiri tak flawless cemanaaaa
gekkou replied at 21-11-2023 07:54 PM
sepohon kayu daunnya rimbun..
keluarga bahgia...
cicicumel replied at 21-11-2023 08:46 PM
So hakikat nye, blum ada rawatan yg betul2 berkesan utk tutup kulit bekas parut jerawat mcm kawah bu ...
syamzana replied at 21-11-2023 09:14 PM
tu kesan jerawat dia yg timbul masa belasan tahun ke?? uihhhh ingatkan zaman remaja masih byk kolage ...
ADVERTISEMENT