CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mimi Lana Bida Lukisan Ustazah Asni Mansor, Hasil Jualan Disumbangkan Kepada Palestin

15-11-2023 08:52 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 13647| Komen: 35

Sebagai tanda sokongan kepada Palestin, pelakon Mimi Lana berjaya membida sebuah lukisan dengan harga RM3,600 untuk disalurkan kepada negara sedang bergolak itu.

Lukisan kanvas peta Palestin itu merupakan hasil tangan Ustazah Asni Mansor. Bidaan lukisan itu pada awalnya dibuka dengan harga RM3,000.



Menurut Ustazah Asni, kesemua wang yang diperoleh tersebut akan disalurkan ke Tabung Cinta Gaza.

Lelongan tersebut dilakukan semasa majlis ilmu yang dianjurkan oleh pelakon, Betty Rahmad pada malam Selasa.

Mimi atau Mimi Roziana Zainal Abidin, 27, dalam satu hantaran di Instagram berkata penganjuran majlis agama itu membolehkan mereka berkongsi ilmu dan penyertaannya memberikan pengalaman cukup indah.

"Terima kasih Betty Rahmad kerana menjemput saya dan menganjurkan majlis bacaan Yassin untuk saudara kita semua di Palestin.

"Majlis semalam (Selasa) disusuli Majlis Tausiyah bersama Ustazah Asni Mansor.


"Ia merupakan majlis perkongsian yang indah dan saya mempunyai pengalaman yang sangat berharga. Alhamdulillah," ujarnya pada Rabu.


Selain Mimi, selebriti lain yang turut hadir ialah Nora Danish, Azira Shafinaz, Uqasha Senrose, Nelydia Senrose dan ramai lagi.

Mimi merupakan selebriti yang lantang bersuara berkenaan isu Palestin dan Israel ini.

Selain banyak membuat hantaran di Instagram, Mimi juga menghadiri Perhimpunan Malaysia Solidariti bersama Palestin yang diadakan pada 24 Oktober lalu.

Menurut pelakon itu, kehadirannya adalah sebagai usaha untuk menunjukkan tanda sokongan dan solidariti terhadap Palestin.


Sumber: mStar
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wikedsaikel 15-11-2023 10:28 PM
6 footer ek mimi ni. Keturunan arab ke oreng putehdia ni?
Quote apedehal 15-11-2023 10:39 PM
wikedsaikel replied at 15-11-2023 10:28 PM
6 footer ek mimi ni. Keturunan arab ke oreng putehdia ni?

Ada je melayu pure yg tinggi2.. chuols kena rajin nengok pemain netball malaysia. Cik puan khaleeda tu pun tggi..pure melayu
Quote apedehal 15-11-2023 10:41 PM
winky1 replied at 15-11-2023 10:19 PM
Speechless I tengok paintings tu semua...

Xpernah tahu ustazah ni berbakat dlm melukis..cantikk
Quote 2012264526 15-11-2023 11:05 PM
cantiknya mimi
Quote missyL 16-11-2023 08:21 AM
Manis plk mini bertudung putih
Quote Incanto 16-11-2023 08:22 AM
cantik Mimi pakai tudung
Quote Burong_Hantuk 16-11-2023 08:23 AM
si PZ idung pelik pun ada join prog ustazah ni
Quote Incanto 16-11-2023 08:40 AM
wikedsaikel replied at 15-11-2023 10:28 PM
6 footer ek mimi ni. Keturunan arab ke oreng putehdia ni?

tak sampai 6 kaki

dia 5 kaki 8 inci gitu
Quote babelina 16-11-2023 09:13 AM
cantik nya Mimi.. n aku suka Ustazah nie.. dia bg ceramah best..
Betty pula.. selalu ada kn majlis2 usrah nie.. indirectly mengajak teman2 dia ke arah kebaikan..
Quote stingergrumpy 16-11-2023 09:28 AM
apedehal replied at 15-11-2023 10:39 PM
Ada je melayu pure yg tinggi2.. chuols kena rajin nengok pemain netball malaysia. Cik puan khaleed ...


The gorgeous cik puan khaleeda yg membuat pazzpizzpuzz sekadar pegang title PRINCESS WANNABE POREBER kheunz?

Melepasssssssssssss

Kahkahkahkahkah

Quote kalchi 16-11-2023 09:29 AM
Lawa betul lah dia ni. Pakai tudung lawa, tak pakai pon lawa.
Quote stingergrumpy 16-11-2023 09:30 AM
Incanto replied at 16-11-2023 08:22 AM
cantik Mimi pakai tudung

Lebih cantik tak bertudung...bisikkhen sore sore halus.....

Kahkahkahkahkahkahkah
Quote stingergrumpy 16-11-2023 09:30 AM
kalchi replied at 16-11-2023 09:29 AM
Lawa betul lah dia ni. Pakai tudung lawa, tak pakai pon lawa.

Bakal madu pazzpuzzpuzz ...of course ler....

Kahkahkahkahkahkah
Quote kalchi 16-11-2023 09:32 AM
stingergrumpy replied at 16-11-2023 09:30 AM
Bakal madu pazzpuzzpuzz ...of course ler....

Kahkahkahkahkahkah

Apsal pulak madu takde angin takde ribut
Quote stingergrumpy 16-11-2023 09:37 AM
kalchi replied at 16-11-2023 09:32 AM
Apsal pulak madu takde angin takde ribut

Dulu ctcaras ..did you see it coming?....himpit himpit TZ sampai diangkat  mertabat jadi anak/adik angkat...last last laki org iteww diangkatnyer......yelah walau selepas bercerai kheunz?



Quote apedehal 16-11-2023 09:50 AM
stingergrumpy replied at 16-11-2023 09:28 AM
The gorgeous cik puan khaleeda yg membuat pazzpizzpuzz sekadar pegang title PRINCESS WANNABE POREB ...

Jodoh rahsia Tuhan kheun...rezeki masing2, ada yg bercinta setengah mati putus tgh jln, ada yg mencakau bbrp mahligai xkesampaian.. in the end tgk aturan Tuhan tu dah molek pasangan masing2, suit each other. Tp ye lah kesian pd yg mengabdikan hidup pd porem, bergasak memaki hamun sbb xda pasangan hidup ye. Rip to that lost cause
Quote black_handbag 16-11-2023 10:17 AM
cantik mimi lana ni.klu tgk dia berlakon, suka tgk sbb dahla pandai berlakon, lawa pulak
Quote stingergrumpy 16-11-2023 10:28 AM
apedehal replied at 16-11-2023 09:50 AM
Jodoh rahsia Tuhan kheun...rezeki masing2, ada yg bercinta setengah mati putus tgh jln, ada yg men ...


Lain macam nada kekejongan posting ko ini?

Kahkahkahkahkah

Ada imbas imbas bidalan marahkheun anak sindir menantu keww ini? Aku ni jenis memang tak tahan pedas tau ...

Kahkahkahkahkahkah

Anyway I will let you go this time....cuma nak tanya satu je? Will retis jilatanz ko ini,  ghaser ghasernyer be ready for ujian of this magnitude?...ML jadi adik barunyer? based on level sawan barbengnyer tika ini? ...baru sebut clubbing dah sentap luar tabii?

#tanyaje..
Quote vanillaninja 16-11-2023 10:31 AM
Cantiknya si Mimi ni.

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.059083 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top