Ali Puteh menyelar seorang pengguna media sosial yang mempersoalkan tentang keberkatan rezekinya. Di Live TikTok, Ali dilihat sedang menyediakan sambal untuk dijual sebelum muncul seorang individu meninggalkan komen biadab sehingga membuatkannya berang.
"Allahuarabbi, bawa-bawalah cermin diri tu abang. Orang punya rezeki berkat tak berkat ke tak payah buat kerja tuhan. "Dia cakap rezeki tak berkat, rezeki kepala bapak dia. Orang berniaga elok-elok. "Rezeki ini kita usaha, kita doa, tawakal dan kita serah pada Allah. Kita tak tahu rezeki kita berkat atau tak yang menentu Allah. "Bukan kita yang menghukum orang..rezeki orang berkat atau tak. Saya bukan jual babi dekat depan ni, saya jual sambal."
Sementara itu, Ali menegaskan bahawa dia sama sekali tidak pernah memaksa sesiapa pun untuk menyertai siaran langsung tersebut apatah lagi untuk membeli produknya. "Patut kita duduk, muhasabah diri, doakan untuk Palestin bukan menyebok mengata orang. "Ajak jumpa kau takut. Orang berniaga jangan kacau. Saya tak pernah paksa orang masuk, saya tak pernah paksa orang beli." Dia juga sempat menasihati pengikutnya supaya menjaga pertuturan dan hindarkan diri daripada perasaan iri hati. "Orang Melayu kita ni, kita baru nak berniaga dah mengata, lepas tu complain hujung bulan ‘teruklah bulan ini berniaga’. Memanglah! Asyik mengata orang sahaja. Macam mana nak dapat rezeki banyak. "Janganlah ada hasad dengki, sedarlah diri, cerminlah diri yang mana maki hamun orang dalam ni (siaran langsung TikTok). Tengah-tengah maki tu tuhan cabut nyawa baru tahu."-CARI
|
bynroslan: Yang komen pun satu hal. Nak b ...
ADVERTISEMENT