Pengarah dan pelakon, Michael Ang menyelar sikap segelintir netizen yang gemar meninggalkan komen negatif berbaur rasis di Instagram (IG) miliknya. Menerusi perkongsian di IG, kata Michael, teguran yang dibuat boleh sesetengah pengguna media sosial adakalanya melampaui batas hingga dan biadab hingga menghina agama.
"Tak faham aku netizen. Kau memang tak suka nak dengar apa yang aku cakap atau post kan, tapi kenapa nak juga dengar dan baca? "Lepas tu kalau komen elok-elok setuju atau tak setuju itu aku okey lagi, boleh aku layan dengan elok. "Tapi, bila dah tahap rasis dan menghina agama, memang aku jawab macam dajjal la dekat kau," tulisnya. Michael turut menegaskan, andai tidak suka pada hantaran yang dibuatnya, adalah lebih baik terus 'unfollow'. "Hidup ini senang, tak suka, jangan baca. Jangan follow. Sekali lagi jangan ingat aku ni artis longkang je, aku ni rakyat Malaysia. Aku ada pendapat dan pendirian aku.
"Ini IG aku. Aku nak suara apa benda pun suka hati aku. Yang kau orang tak suka baca, janganlah baca. "Nak komen negatif atau positif, silakan. Tapi, jangan sentuh bangsa, agama dan keluarga," tulisnya. Terdahulu, Michael adalah antara selebriti yang lantang menyuarakan pandangan terhadap isu-isu semasa. Sumber: Gempak
|
ADVERTISEMENT