CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak Habis Sekolah, Tak Ambil SPM, Jangan Contohi Saya,"- Aedy Ashraf

15-11-2023 12:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8104| Komen: 53

Aedy Ashraf, 30, kata pengakuannya berhenti sekolah ketika tingkatan empat dan tidak menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bukan sesuatu yang dibanggakan atau untuk 'dicontohi' golongan remaja.


Katanya keputusan dibuatnya kira-kira 14 tahun lalu itu bersebab, tetapi menuntut ilmu di dalam kehidupan sebenarnya tidak pernah berakhir.

Foto: IG

"Apa yang saya dedahkan baru-baru ini bukanlah bertujuan untuk mengajak golongan muda mencontohi apa yang sudah saya lakukan ketika berusia 16 tahun dulu apabila memilih berhenti sekolah dan tak ambil SPM.

"Bagi saya, menuntut ilmu sangat penting dalam hidup kita dan proses ini (belajar) tidak akan pernah berakhir. Cuma, situasi saya tidak bertuah pada ketika itu (remaja) kerana perlu bekerja bagi menyara keluarga.

"Kalau saya ada peluang belajar sebagaimana orang lain dengan kemampuan kewangan yang cukup, saya akan terus belajar menimba ilmu hingga ke tahap tertinggi yang saya boleh pergi sebab pendidikan itu penting," katanya kepada Harian Metro.




Aedy berkata, dia sangat menyarankan kepada golongan remaja yang masih bersekolah agar terus belajar sehingga ke peringkat menara gading jika berpeluang kerana dalam kehidupan memiliki ilmu sangat penting.

"Kepada remaja yang masih bersekolah, saya galakkan agar adik-adik menghabiskan persekolahan itu dan sekiranya ada rezeki ke universiti, teruskan kerana ilmu sangat berguna dalam kehidupan. Jangan mencontohi apa yang pernah saya lakukan.

"Walaupun tidak habis sekolah dan ambil SPM, saya seorang yang suka membaca buku-buku kemahiran, termasuk belajar sendiri secara 'online' (atas talian) kerana sedar menuntut ilmu penting dan tidak pernah berakhir," katanya.



Pelakon drama Budak Tebing ini berkata, dia juga ambil masa lama untuk membuat pendedahan berhenti sekolah dan tidak ambil SPM itu kerana tidak mahu tindakannya menjadi ikutan remaja masa kini.

"Selama 13 tahun, saya simpan perkara ini tanpa mendedahkannya. Jadi, daripada pendedahan saya itu harapnya adik-adik jadikanlah iktibar agar mengutamakan pelajaran jika keluarga berkemampuan. Jangan sia-siakan peluang yang ada itu," katanya.



Terdahulu, Aedy membuka rahsia terbesar dalam hidupnya itu ketika menjadi tetamu di dalam program Studio Sembang yang dikendalikan kekasihnya juga pelakon jelita, Amelia Henderson, baru-baru ini.. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 15-11-2023 01:02 PM
besar lagi tek dia dari...
Quote bukan_ustazah 15-11-2023 02:21 PM
Berapa banyak benang laa. Naik nama dia sekarang.
Quote miss_strangers 15-11-2023 03:30 PM
Nape xde filem budak tebing the movie ye.   Aku lom move on lagi drama budak tebing ..tp yg ada aedy jela
Quote salimrock 15-11-2023 08:40 PM
dah 30 umur dia..aku igt dia 25 tahun lg
Quote 234126 15-11-2023 09:57 PM
Red flag. Sok kau dah tak famous sendu if takda back up education nak kerja apa? Kalau jenis tak memilih takpa. Tapi tgk gaya nak yg ado2 je. Tolong jgn kawin. Solo je la selamat unless ko nak tumpang senang bini. Run ame run
Quote anilanil 15-11-2023 10:28 PM
Dengar tu adik2 child actor yg benti sekolah. Abe keli ni walaupon tak abis sekolah bole la speaking english for communication, amik gak kelas online edit bideo, bole la cari makan buat iklan, ada kedai makan & baju. So nak hencap dak keli tak abis sekolah pon ada la gak soft spot utk ini. Yg ni aiols sokong bila ko takde sijil spm ko belajar kemahiran. Masak memasak pon bole dak keli ni. Bole la next project ko buka kedai pecel lele dik.
Quote apedehal 15-11-2023 10:35 PM
anilanil replied at 15-11-2023 10:28 PM
Dengar tu adik2 child actor yg benti sekolah. Abe keli ni walaupon tak abis sekolah bole la speaking ...

Betul..sedar diri xda education, amek kemahiran tu wajar dipuji. Dia pun ada bisnes..nape komen2 kat atas tu serba tahu pulak siap ngatur jodoh org
Quote DeLuna85 16-11-2023 01:12 AM
Bagus. Tak la mcm founder timbang kilo. Statement tak nak kalah.
Quote anony-mous 16-11-2023 01:59 AM
So ame yg dikatakan ada mensa cert tu betul ke nk budak xhabis skolah??
Quote hyie 16-11-2023 03:19 AM
at least heols fasih english yach. Ala2 Puteri Balqis gaytohh
Quote Nana_Man 16-11-2023 05:33 AM
anilanil: Dengar tu adik2 child actor yg ...
setuju sgt dgn kata2 u. Dah jalan hidup dia mcm gini.takkn dah tua2 ni nk paksa dia amik spm. Dia tak abis belajar tapi jenis yg belajar dgn cara dia sendiri.
Quote stingergrumpy 16-11-2023 05:55 AM
Nana_Man replied at 16-11-2023 05:33 AM
setuju sgt dgn kata2 u. Dah jalan hidup dia mcm gini.takkn dah tua2 ni nk paksa dia amik spm. Dia t ...

ILMU SEPANJANG HAYAT.......

Comes in many forms......

Yg penting punyai WAMWAMSAM, USAHA... and above all, CONPIDEM ......

Pamham khem?
Quote stingergrumpy 16-11-2023 05:56 AM
salimrock replied at 15-11-2023 08:40 PM
dah 30 umur dia..aku igt dia 25 tahun lg

Aku ghaser dia curi umur kot?

Kahkahkahkahkahkah
Quote Nana_Man 16-11-2023 09:09 AM
stingergrumpy replied at 16-11-2023 05:55 AM
ILMU SEPANJANG HAYAT.......

Comes in many forms......

Iye lah sting… raikan ilmu,belajar sepanjang hayat…
Quote stingergrumpy 16-11-2023 09:24 AM
Nana_Man replied at 16-11-2023 09:09 AM
Iye lah sting… raikan ilmu,belajar sepanjang hayat…

Of course.....at the end of it all bukan pangkat darjat kedudukheun serta berapa banyak harta yg ko tunggalkheun waktu ko mengadapNYA...tapi takwa ko.....padaNYA

Org yg bertakwa semasa hayatnya....syukur pada setiap pemberianNYA...miskin, kaya serta keilmuan ....adaler sebahagian dari ujianNYA terhadap ko dlm perjalanan menuju ke asalmu....KHALIQmu.....

amacam draft anak jiran aku yg 3 tahun pepagi ni?

Quote joannakimberly 16-11-2023 09:58 AM
Boleh je dia kalau nak ada SPM, boleh ambk SPM luar jadi calon persendirian. Cuma, kena ambik tuisyen nak cover semua subjek asas.

Lepas lulus SPM, ambiklah diploma kat kolej swasta. Dia kan dah lama kerja, harus ada duit jugak.

educated + street smarts + good career + rupa helok + bakal bini helok

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Quote Nana_Man 16-11-2023 11:19 AM
stingergrumpy replied at 16-11-2023 09:24 AM
Of course.....at the end of it all bukan pangkat darjat kedudukheun serta berapa banyak harta yg k ...

Anak jiran kau ni mcm upin ipin kan.. tak besar2 dari dulu.
Quote stingergrumpy 16-11-2023 11:47 AM
Nana_Man replied at 16-11-2023 11:19 AM
Anak jiran kau ni mcm upin ipin kan.. tak besar2 dari dulu.


Isu negara ...classified

Iteww je aku boleh jawab

Anyway president baru si nenas ,ok?
Quote Nana_Man 16-11-2023 01:52 PM
stingergrumpy replied at 16-11-2023 11:47 AM
Isu negara ...classified

Iteww je aku boleh jawab

Hidup jadi patung memang aman damai.
Tu je aku nk komen.

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.057524 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top