Watie Hanifiah mendakwa anak-anaknya selalu menjadi punca dia gagal untuk diet dan menurunkan badan. Di Instagram, Watie berkata anak-anaknya suka mengajak dia keluar berjalan dan membeli makanan ringan sehingga dia terkena tempiasnya.
"Mummy cuba untuk diet tapi anak-anak suka kacau diet saya. "Hujung-hujung tetap ajak beli jajan. Mummy pun terkena tempias. "Katanya mummy tak boleh kurus, kena gemuk. Tapi ni Mummy segigit je, janji," tulisnya sebagai kapsyen.
Pada perkongsian sama, Watie turut memuat naik foto memperlihatkan dia sedang menikmati makanan di sebuah restoran ketika dia keluar meluangkan masa dengan anak-anaknya baru-baru ini. Di ruangan komen ramai terhibur melihat gelagat Watie selain memuji dia yang suka melayan kerenah anak-anak.
Untuk info, Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023 di Putra Glass Heights. Terdahulu, Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata.
Namun Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 kerana jangkitan Covid-19. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|