CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malaysia Terus Rapat Dengan AS, China, Beri Manfaat Lebih Besar - Anwar

15-11-2023 09:57 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3175| Komen: 2

San Francisco: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan terus mengekalkan hubungan rapat dengan Amerika Syarikat dan China tanpa perlu dipaksa untuk membuat pilihan memihak kepada mana-mana negara.


Perdana Menteri berkata hubungan rapat dengan kedua-dua kuasa ekonomi berkenaan akan memberi manfaat lebih besar dan strategik kepada Malaysia.


Selaras peningkatan persaingan strategik antara Amerika Syarikat (AS) dan China, Malaysia akan meneruskan pendekatan hubungan dengan kedua-duanya secara pragmatik dan berhemat.

"Kita bekerjasama dengan rakan-rakan untuk meminimumkan risiko - iaitu konflik langsung atau pemecahan ekonomi global kepada blok-blok tertentu.

"Tiada keadaan berkenaan yang akan terjadi dalam tempoh terdekat, tetapi sangat berkemungkinan dengan keadaan tekanan yang semakin memuncak dewasa ini.

"Saya tak percaya konflik bersenjata antara kuasa-kuasa besar tidak dapat dielakkan, dan negara-negara berkecuali seperti Malaysia boleh membantu mengurangkan tekanan menerusi diplomasi kreatif," katanya.


Beliau berkata demikian berucap di University of California, Berkeley di sini, hari ini.

Lebih 250 penuntut universiti hadir mendengar ucapan beliau bertajuk Superpower Rivalry and Rising Tensions in the Asia Pacific: The View from Southeast Asia.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 15-11-2023 10:31 AM
[youtube]6DAdzloWWDc[/youtube]
https://www.youtube.com/watch?v=6DAdzloWWDc

Quote nusaraya 15-11-2023 10:37 AM
TAHNIAH ,,,,,Sebagai superpower baru dunia dan "pemimpin" dunia alam melayu dan juga 1.5 billion umat islam dunia,.. memang sudah seharusnya dan sepantasnya PMX Anwar Ibrahim mengambil peran pro-aktif  ikut meredakan ketegangan antar kuasa besar dunia ...

Siapa yang akan mendapatkan Noble award untok perdamaian dunia tahun 2023 atau 2024 telah tersirat dengan jelas .....

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.038984 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top