CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jaclyn Ada Masalah Pita Vokal, Hilang Suara Tapi Tetap Teruskan ASGV

15-11-2023 09:26 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3233| Komen: 0

Penyanyi Jaclyn Victor berdepan masalah Laryngitis atau keradangan tekak yang mengakibatkannya hilang suara sejak malam tadi.


Pengurusnya, Zulaikha yang bertindak sebagai jurucakap berkata, gangguan yang turut menyerang pita vokal membuatkan Jaclyn berdebar menjelang persembahan minggu kesembilan pentas All Stars Gegar Vaganza (GV10), Ahad ini.



“Tekaknya mula sakit sejak Selasa miggu lalu sehingga terpaksa berjumpa doktor sebelum dapat meneruskan persembahan konsert minggu kelapan GV10.


"Semalam suaranya semakin tak jelas ketika menghubungi saya untuk memaklumkan susah nak bercakap.


“Doktor minta dia berehat serta jangan memaksa diri bercakap kerana boleh memburukkan lagi keadaan,” katanya.


Penyanyi lagu Gemilang yang ditemui di sebuah hotel di ibu kota mengakui terpaksa menggunakan aplikasi WhatsApp atau nota dalam telefon bimbit untuk berkomunikasi.


Menjawab pertanyaan media mengenai keadaannya, Jaclyn hanya menunjukkan teks yang ditaip pada skrin telefon menyatakan kebimbangan menjelang minggu sembilan GV10.


Begitupun, Jac menegaskan dia tidak sesekali berputus asa atau menarik diri daripada pertandingan itu meski sukar menjangka sebarang kemungkinan dan tidak pasti berapa lama untuk kembali sembuh.



"Persembahan Ahad ini kena teruskan. Takkan tarik diri,” ujar penyanyi berusia 44 tahun itu.


Sementara itu, Zulaikha berkata, mereka sedang mencari rawatan terbaik bagi memulihkan vokal Jaclyn atau mesra disapa Jac dengan kadar segera.


“Ikutkan doktor maklumkan dia tak boleh menyanyi atau membuat persembahan dalam tempoh terdekat kerana kondisinya agak membimbangkan.


"Minggu ini pun Jac ada dua persembahan, kita tak dapat jangka apa yang berlaku nanti. Mungkin akan dapatkan suntikan, tengok macam mana.


“Kiranya ini situasi paling teruk sepanjang saya menguruskan kerjaya nyanyian Jac,” ulasnya lagi.


Menurut Zulaikha, masalah membabitkan pita suara itu dipercayai berpunca daripada kurang rehat sejak menyertai program realiti GV10.


Ahad ini Jaclyn bakal menyampaikan lagu popular All I Ask nyanyian asal Adele di pentas GV10. 



Sumber: Kosmo! Online






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.027764 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top