CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Upah Pembunuh Tembak Anak Sendiri Di Rumah

14-11-2023 10:58 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7762| Komen: 5

Bangkok: Seorang wanita warga Thailand menyerah diri di balai polis selepas mengupah seorang lelaki bersenjata untuk membunuh anak lelakinya di rumah mangsa, lapor laman berita Thaiger semalam.

Kematian seorang lelaki bernama Weeraphan Phothong, 31, dilaporkan di Balai polis Chiang Khan pada 9 November lalu. Mangsa ditembak mati di rumahnya di daerah Chiang Khan, wilayah Loei.


Ibu Weeraphan, Kaew Phothong, 57, pada awalnya mendakwa dia hanya mengetahui tentang kematian anaknya daripada seorang jiran. 

Kaew mendakwa anaknya berusaha melawan ketagihan methamphetamine dan sering menyerangnya secara fizikal apabila berada di bawah pengaruh dadah.

Disebabkan kekurangan maklumat mengenai motif di sebalik pembunuhan Weeraphan, Kaew enggan siasatan terhadap kematian anaknya diteruskan.

Bagaimanapun, Kaew kemudian menyerah diri kepada polis pada Sabtu lalu dan mengaku merancang pembunuhan anaknya. 


Kaew berkata, dia tidak tahan dengan serangan fizikal itu dan bekerjasama dengan kakaknya, Sarn Phothong, 65, dalam merancang pembunuhan itu.

Sarn mengupah seorang lelaki bersenjata, Somsa Saenchaiwut, 64, dengan bayaran 25,000 baht (RM3,268) untuk menembak dan membunuh Weeraphan di rumahnya.

Bekas isteri Weeraphan, Jarupat Singchum, 26, berkata dia menjalin hubungan dengan mangsa selama kira-kira enam tahun dan mereka mempunyai dua anak.

Dia memutuskan untuk bercerai tahun lepas kerana mengalami penderaan fizikal sama seperti Kaew. Jaruhat berkata, dia menjadi saksi serangan yang dilakukan Weeraphan terhadap ibunya. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 16-11-2023 11:25 AM
tu mksdnya mak dia dah tak tahan sgguhlah kena assault mcm tu on daily basis. jahanam betul perangai anak sekor cenggini
Quote Nurul8001 16-11-2023 11:51 AM
Bunuh sebelum kena bunuh.

Gomen Thelen pun takde penyelesaian utk kes2 dadeh ni, sampai mak pendadeh kena buat tindakan sendiri.


Quote cashewnut 16-11-2023 10:33 PM
Bagus mak pendadih ni. Salute. Nak suruh polis tangkap may be sekejap je penjara. Bila dah kluar penjara mak takut anak balas dendam, ye la pendadih kan banyak otak dah sewel sebab chemical dadih.  Kurang sekor perosak, tax pun tak membazir. Sebelum ahli keluarga kena bunuh baik membunuh makhluk perosak pendadih ni. Kan bagus jugak kalu mak-mak pendadih malaysia ni pikio gitu bukan pikio membela anak pendadih
Quote dani-rox 16-11-2023 10:36 PM
banyak jugak berita negara siam ekk. baguslah ada jugak variasi, asyik2 berita indon jah
Quote syamzana 16-11-2023 10:42 PM
kesian plak kat maknya...kematian yg wajib diraikan.
apu punya anak la simati...dah la makan dadah,pukul mak...pukul bini.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.049105 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top