CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Syak Kepala Bapa Dipenggal Untuk Ritual Sihir

14-11-2023 10:12 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2539| Komen: 31

Surat Thani, Thailand: Seorang lelaki maut akibat dibunuh dengan kejam manakala kepalanya 'disembunyikan' demi upacara penyembahan dan ritual sihir ilmu hitam.

Perkara tersebut dinyatakan anak mangsa ya selepas mengetahui kegiatan ritual berlangsung di kampung mereka.


Malah ujarnya yang berusia 18 tahun, mendiang bapanya tidak pernah bergaduh dengan mana-mana individu sebelum ini.


"Ayah saya bekerja sebagai pengimpal besi dan keluli. Dia tidak bergaul dengan sesiapa pun.

"Jadi apabila berlaku kejadian ngeri seperti ini, saya yakin ia pasti berkaitan kepercayaan atau mungkin dilakukan penagih dadah," ujarnya.

Terdahulu, mangsa yang berusia 53 tahun maut selepas kepalanya dipenggal seorang individu yang tiba-tiba datang menyerangnya di rumah.

Menurut laporan Sanook, kejadian tersebut berlaku pada 11 November di Mukim Takhian Thong, Daerah Kanchanadit, Provinsi Surat Thani, Thailand.


"Pada 13 November, polis pergi ke kawasan di mana kejadian itu berlaku bagi melakukan soal siasat dan mengumpul DNA empat orang awam yang berkawan dengan mangsa.

"Salah seorang daripada suspek berkenaan dikenali sebagai Kung, berumur 50 tahun... pelbagai barangan peribadi termasuk motosikalnya turut dirampas untuk siasatan lanjut," ujarnya.

Daripada siasatan awal, suspek merupakan seorang penduduk kampung yang gemar mengamalkan ritual ilmu hitam.

Pada masa sama turut melakukan upacara 'korban' sebagai bahan penyembahan.

Pun begitu, polis tidak menolak kemungkinan terdapat konflik peribadi antara mangsa dan suspek terbabit.

"Pihak polis masih mencari kepala mangsa di beberapa lokasi melibatkan suspek," tambahnya yang turut memburu pelaku.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 14-11-2023 10:16 PM
skrg mmg musim sihir ditest  kn..betul x ayt tu..i tgk kt tiktok psl suruh hati hati dr mid november sbb pengamal ilmu hitam seluruh dunia akn bz test ilmu dorg
Quote hareeeesah 15-11-2023 07:47 AM
edayildiz: skrg mmg musim sihir ditest&nb ...


Ada specific reason ke kenapa time ni semua test? Seram plak rasa..
Quote noor2 15-11-2023 08:06 AM
Bab mistik ni mmg aku susah nk percaya. Tp semlm depan mata aku, aku tgk kawan aku kena rasuk...tp mmg dia kena sihir..asyik mimpi tanah kubur, asyik mimpi pi tokong sami , asyik mimpi hantu, asyik mimpi pi gereja.

Kejadian berlaku sebab ayat ruqyah atas air yg dia minum....dgn mata merah..dgn mengilai, dgn menangis dlm satu masa...sampai dia pandang aku sayu sambil sebut nama aku dia kata tolong jgn bantu dia sebab dia sakit sgt..badan panas..tgk muka dia sgt kesian..
Hampir 1 jam beberapa org ubat dia...bila dia dlm separuh sedar dia menangis peluk aku sambil pegang tgn aku sambil cakap makhluk tu x jauh dari dia...dah keluar dari badan dia tp masih x jauh dari dia..

Aku mmg x rasa apa2 waktu tu..sambil pegang tgn dia aku rasa x berguna sebab x reti nak bantu...tp mata dia sgt merah dan berair....yg baca ayat ruqyah tu kata aku ni kuat semangat..kalau org lemah semangat dah berjangkit atau pengsan..yela aku bukan nampak apa2..aku cuma nampu baca bismilah, selawat nabi dan ayat qursi jela..
Quote asmurai 15-11-2023 08:09 AM
Sebab ni lah juga aku malas nak pergi Siam yang terkenal dengan ilmu sihir sihir ni
Quote sangbara2020 15-11-2023 08:16 AM
bulan mengambang penuh kot...
Quote KamikuP 15-11-2023 09:06 AM
Gara2 lepas sambut halloween kot tak pun sbb octoberfest? ekekeke
Quote AbukRokok 15-11-2023 10:50 AM
harap kluar filem lepas ni
based on true event
Quote Beribear 15-11-2023 11:10 AM
Tengok movie khong khaek.. Hati manusia ni memang teruk. Sikit punya hal pon boleh simpan dendam 7 keturunan tak hilang. Kalau berdoa tu mohon lahh Allah bersihkan hati masing² sampai langsung takde judge org lain dlm hati bila berjumpa atau buat assumption kat org sesuka hati
Quote cmf_premierleag 15-11-2023 11:11 AM
AbukRokok replied at 15-11-2023 10:50 AM
harap kluar filem lepas ni
based on true event

Kt wayang skang ada film siam, Khaong Khaek Djinn Curse ke apanama tah tajuk tu
Aku pi tgk hr tu.katanya based on true story
Tp x seram lgsg pun
Jalan cite pun ntah hapa2 x kemas
Belah2 selatan siam yg buat film ni sbb ada dialog bhs2 kelantan gak dlm film ni.and melayu siam punya production hse la
Tp mmg x seram lgsg..sampah sgt la
Quote sharlenetexas 15-11-2023 11:14 AM
Dejavu datuk batu talam.


Quote AbukRokok 15-11-2023 11:29 AM
cmf_premierleag replied at 15-11-2023 11:11 AM
Kt wayang skang ada film siam, Khaong Khaek Djinn Curse ke apanama tah tajuk tu
Aku pi tgk hr tu.k ...

hahaha aku dah dpt rasa dah konon filem seram islam pertama thailand
lagi teruk klu dia buat comedy horror..langsung jd taik standard comedy horror ala2 msia
Quote midori888 15-11-2023 11:33 AM
noor2 replied at 15-11-2023 08:06 AM
Bab mistik ni mmg aku susah nk percaya. Tp semlm depan mata aku, aku tgk kawan aku kena rasuk...tp m ...

kesian nyer kawan kaka Noor...dia kenapa sebenarnyer? kena buatan org atau saka?
Quote AraBellaJuan87 15-11-2023 11:40 AM
Beribear replied at 15-11-2023 11:10 AM
Tengok movie khong khaek.. Hati manusia ni memang teruk. Sikit punya hal pon boleh simpan dendam 7 k ...

Kena sentiasa doa dilindungi dari kejahatan dunia dan seisinya selain dilindungi dari kejahatan diri sendiri.
Yih nauzubillah, takde buat salah tiba2 kena serang, kena ambil kepala.
Setan sangat kejahatannya tu.
Quote cmf_premierleag 15-11-2023 12:11 PM
AbukRokok replied at 15-11-2023 11:29 AM
hahaha aku dah dpt rasa dah konon filem seram islam pertama thailand
lagi teruk klu dia buat comed ...

Ye....buang duit jah pi wayang tgk film tu ....padahal film tu level2 cerekarama samarinda akasia jah selayaknya
Aku dh panas bontot duk dlm cinema tu sbb amende cite murehen sgt khueen penerbit ni buat.
Kalo film siam buddha belah2 bangkok utara sana pun lg seram dan berkualiti dr segi cinematography and storyline.
Quote noor2 15-11-2023 03:17 PM
midori888 replied at 15-11-2023 11:33 AM
kesian nyer kawan kaka Noor...dia kenapa sebenarnyer? kena buatan org atau saka?

Kena sihir cik Midori...mmg kesian sgt..kak ni dahla asalnya kurang percaya benda2 ni..tp bila tgk depan mata mmg nampak semua tu real sgt...bukan dibuat2, bukan sb stress hidup..hidup dia bahagia je dgn laki dia
Quote midori888 15-11-2023 04:22 PM
noor2 replied at 15-11-2023 03:17 PM
Kena sihir cik Midori...mmg kesian sgt..kak ni dahla asalnya kurang percaya benda2 ni..tp bila tgk ...

Adui...kesiannyer kawan kaka Noor...biasa org yg htr sihir nie org yg kita kenal kan?  Atau sekurang2 Kita tau siapa dia kan....yerlah org tak kenal Kita takkan dia nak dengki smp nak htr sihir.

Semoga kawan kaka Noor cepat pulih...

Quote noor2 15-11-2023 04:28 PM
midori888 replied at 15-11-2023 04:22 PM
Adui...kesiannyer kawan kaka Noor...biasa org yg htr sihir nie org yg kita kenal kan?  Atau sekura ...

Betul sgt apa yg cik midori fikir...org yg sihir tu adalah org yg dia kenal...org tu ada ugut sebelum tu..

Manusia jahil suka mengamalkan sihir..pelik juga patut pemimpin israel tu kena sihir..sebab jahat sgt
Quote midori888 15-11-2023 04:53 PM
noor2 replied at 15-11-2023 04:28 PM
Betul sgt apa yg cik midori fikir...org yg sihir tu adalah org yg dia kenal...org tu ada ugut sebe ...

owhhh dah pnh diugut yer...bahaya nyer org mcm tu...berkaitan harta ke?
Quote noor2 15-11-2023 06:04 PM
midori888 replied at 15-11-2023 04:53 PM
owhhh dah pnh diugut yer...bahaya nyer org mcm tu...berkaitan harta ke?

Oh...itu kak x pasti dendam tentang apa....sampai nk bg mati kut...dgn darah berbulan2 x henti siap masuk hospital dibekalkan darah .tp doktor x kesan penyakit apa..

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.061779 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top